Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.dia] | ڤڽديا

Definisi : orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyedia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pandangan penggunaan huruf besar di tengah ayat. Contoh ayat : 1) Fasiliti dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik. 2) Fasiliti dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan E-dompet yang dilantik. Adakah penyedia perkhidmatan tersebut perlu menggunakan huruf besar?Penggunaan huruf besar di tengah-tengah ayat boleh digunakan sekiranya perkataan tersebut merupakan kata nama khas, termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, dalam ayat “Kemudahan dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik.”, perkataan  “perkhidmatan” perlu ditulis dengan huruf kecil kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am, manakala dalam ayat “Kemudahan dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan E-dompet yang dilantik.”, perkataan “perkhidmatan” perlu ditulis dengan huruf besar kerana “Penyedia Perkhidmatan E-dompet” merupakan kata nama khas.Tatabahasa17.06.2022
Assalamualaikum... Terima kasih atas maklum balas pihak tuan atas pertanyaan saya yang lalu berkaitan Minit Mesyuarat. Soalan saya kali ini ialah berkaitan nama dan tandatangan penyedia dan penyemak minit mesyuarat. Dalam PKPA 2/1991 tidak dinyatakan secara khusus keperluan tersebut. Bagaimanakah amalan DBP, adakah penyedia dan penyemak minit mesyuarat perlu meletakkan nama dan menandatangani minit berkaitan sebelum dibincangkan dalam mesyuarat seterusnya? Terima kasih.Lazimnya minit mesyuarat ditandatangani setelah dibincang dan disahkan minit berkenaan dalam mesyuarat tersebut.Lain-lain18.03.2012
Assalamualaikum Kami baru menubuhkan sebuah pusat Penyedia Latihan (Training Provider) yang dinamakan MiCoST Professional Development Centre (MPDC). Untuk tujuan membuat kepala surat, kami akan letakkan logo dan nama Pusat Latihan ini. Adakah sesuai kami tuliskan MiCoST Professional Development Centre sebagai kepala surat tanpa ada nama/terjemahan dalam bahasa melayu? Saya lampirkan contoh untuk rujukan tuan. Terima kasihNama syarikat pada kepala surat adalah tertakluk pada nama yang telah didaftarkan di SSM sahaja. Namun, pihak tuan boleh juga menambah terjemahan dalam bahasa Melayu mengikut keperluan pihak tuan. Lain-lain22.12.2020
Boleh bagi saya contoh format penulisan laporan yang betul?Format  penulisan laporan seperti berikut : Halaman prelim yang mengandungi maklumat tentang tajuk, penyedia, surat kuasa dan tarikh; halaman kandungan; pendahuluan; latar belakang; tujuan; dapatan/penemuan; ulasan; penutup; cadangan. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku penulisan laporan di perpustakaan. Lain-lain30.12.2008
Askm, Apakah format bagi penulisan laporan hasil wawancara tokoh?Lazimnya penulisan penulisan mengandungi maklumat yang berikut, iaitu: halaman prelim yang mengandungi maklumat tentang tajuk, penyedia, surat kuasa dan tarikh; halaman kandungan; pendahuluan; latar belakang; tujuan; dapatan/penemuan; ulasan; penutup; cadangan. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku penulisan laporan seperti Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, DBP, 1997; Panduan Bahasa & Format Penulisan Laporan, Maimunah Hj. Omar, ITM, 1993; dan Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan, Samsuddin Wahab, DBP, 2005.
Lain-lain12.04.2013
Tuan/Puan, Merujuk kepada Soalan 1 (tarikh soalan 12/03/2013) yang telah diberi jawapan sebagai B. kuncup. Amat dihargai jika tuan/puan boleh menerangkan lebih lanjut bagaimana jawapan itu diperoleh kerana menurut pihak penyedia soalan masih tetap dengan jawapan (D. layu) selepas menyemak kamus DBP. Saya ulangi soalan tersebut seperti di bawah:- Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik C. kembang B. kuncup D. layuMekar bermaksud mulai berkembang. Pada pandangan kami, kata lawan bagi mekar ialah kuncup yang didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai tidak mekar.Tatabahasa14.03.2013
Sila jawab secepat mungkin . Terima Kasih.Berdasarkan makna kata dalam kamus catatan harian bermaksud tulisan/rakaman tentang sesuatu peristiwa pada setiap hari. Walau bagaimanpun jika pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada guru sekolah atau penyedia soalan yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Lain-lain26.09.2011
Assalamualaikum PRPM DBP.. nama saya asiah yg sedang buat master berkaitan ar-rahnu saya nak mohon sedikit pandangan tuan yang bijaksana berkaitan kaedah penggunaan ar-rahnu yang betul dalam ayat misalnya : kajian ini dilakukan berlandaskan tiga permasalahan utama berkaitan strategi pengurusan dan tadbir urus penyedia perkhidmatan ar-rahnu di Malaysia. adakah penggunaan terma ar rahnu ditengah-tengah ayat tepat sebagaimana di atas iaitu ar-rahnu ataupun lebih tepat Ar-Rahnu ataupun lebih tepat ar-Rahnu mohon jasa baik pihak PRPM untuk memberikan maklum balas segera pada persoalan saya di atas jazakumullahu khairan jazaPerkataan al-rahnu ialah kata nama umum, iaitu prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam. Sekiranya digunakan di tengah-tengah ayat, boleh dieja "ar-rahnu"Ejaan04.04.2017
Kasih sayang Aiman _______________ ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Apakah kata sendi nama yang sesuai?Kasih sayang Aiman kepada/akan/terhadap ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk pada skema jawapan yang disediakan atau pihak penyedia soalan.Tatabahasa17.08.2018
______penduduk kampung itu terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi akibat banjir. a. Sesetengah b. Sebahagian c. Seluruh d. Setiap apakah jawapan yang paling sesuai? Sila berikan penjelasan. Terima kasihMengikut makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan Sesetengah, Sebahagian dan Seluruh boleh menjadi jawapan dalam ayat yang puan tanya. Bagi mendapatkan jawapan yang paling sesuai, sila hubungi penyedia soalan.Tatabahasa17.04.2014
12

Kembali ke atas