Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.dia.an] | ڤڽدياءن

Definisi : perbuatan atau hal menyediakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyediaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon berikan takrifan dan perbezaanistilah "persediaan menghadapi peperiksaan" dan "penyediaan peperiksaan / penyediaan jawapan peperiksaan"Persediaan bermaksud  perbuatan menyediakan, persiapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang persediaan.  Manakala penyediaan bermaksud perbuatan atau hal menyediakan.

Daripada maksud tersebut, kedua-duanya hampir sama dan pengguna bahasa perlu bijak  menggunakan perkataan mengikut konsep ayat. Frasa yang tepat ialah "persediaan menghadapi peperiksaan" dan "penyediaan jawapan peperiksaan".
Tatabahasa18.10.2013
Adakah perkataan agro secara am nya boleh digunakan untuk perkhidmatan penyediaan makanan? Contoh: Nama syarikat yg menggunakan perkataan agro boleh menyenaraikan perkhidmatan penyediaan makan seperti katering? Nana syarikat : SHAZIE AGRO TRADING Adakah mama syarikat ini tidak boleh digunakan untuk tujuan penyediaan makanan seperti agromakanan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "agro" ialah awalan asing yang berkaitan pertanian, tanah atau ladang  seperti perniagaan  memproses dan membekalkan produk  pertanian, penternakan, pelancongan berasaskan pertanian dan sebagainya. Cadangan nama perniagaan yang sesuai untuk penyediaan makanan contohnya, SHAZIE KATERING SDN. BHD.

 

Lain-lain21.07.2020
Apakah perbezaan antara perkataan di bawah? 1. Penyediaan 2. Persediaan 3. Pembelajaran 4. Pemelajaran Terima kasih.Perbezaan maksud :
1. Penyediaan - Perbuatan atau hal menyediakan (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Contoh ayat: Perkhidmatan penyediaan makanan oleh...
2.Persediaan - Perbuatan atau hal bersedia/persiapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Contoh: Mereka membuat persediaan selama beberapa bulan untuk ke sana.
3. Pembelajaran- Lahir daripada kata dasar "ajar" yang membawa maksud proses (kegiatan) belajar.
4. Pemelajaran- Proses mempelajari (Kamus Dewan Edisi Keempat). Contoh: Taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris.
Istilah13.06.2014
Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih

 Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih

MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBERI SECARA LENGKAP CUMA PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP SEPERTI DIBAWAH.

Setiap manuskrip mestilah mempunya tiga bahagian iaitu seperti yang diperturunkan dibawah.

PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP LENGKAP        Bahan Awalan            Bahan yang dicetak sebelum bahagian teks seperti judul separa, judul penuh, halaman hak cipta, prakata, pendahuluan, dedikasi, halaman kandungan dsb.         Bahan teks/isi            Bahagian utama dalam sesebuah buku yang mengandungi teks(isi),rajah, jadual, nota kaki, nota hujung, petikan.          Bahan akhiran            Bahan yang dicetak selepas bahagian teks termasuk lampiran, glosari dan senarai istilah, bibliografi, dan indeks.
Lain-lain15.12.2008
DBKL dalam penyediaan brosur bagi peta laluan bas percuma GOKL. Brosur tersebut akan disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. DBKL memahami bahawa dalam terjemahan brosur untuk b. Inggeris, kata nama khas dikekalkan, sebagai contoh Jalan Raja Laut akan dikekalkan dalam brosur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, DBKL ingin mendapatkan pengesahan atau pengesyoran drp DBP mengenai terjemahan kata nama khas yang terdapat gabungan kata nama am. Sebagai contoh, 'Pusat Perniagaan Setiawangsa' dalam brosur b. Melayu perlukah diterjemah menjadi 'Setiawangsa Business Center' untuk brosur bahasa Inggeris? Mohon pandangan.Untuk makluman, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sehubungan dengan itu, kata nama khas yang merujuk nama tempat/bangunan dalam brosur tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya.Lain-lain23.09.2019
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul?

Salam sejahtera,

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

 

Lain-lain12.07.2010
adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa.Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi: 
FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. 
Tatabahasa23.06.2025
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan.Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau  dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih.Lain-lain13.10.2010
Saya minta penjelasan ke atas penggunaan perkataan 'Rajah' dan 'Gambar rajah' terutamanya dalam penyediaan kertas soalan peperiksaan. Adakah kedua-dua ini boleh digunakan dengan maksud yang sama? Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, gambar rajah ialah rangka atau pelan yg menerangkan sesuatu (hal, perkembangan, dll). Bagi penggunaan dalam penyediaan kertas peperiksaan, sila rujuk dengan pihak yang menggubal soalan tersebut.

Makna04.09.2014
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini.

Puan Rozita,

Ayat yang betul ialah - Walau bagaimanapun, pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan kod ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung mengikut akta atau peraturan jika kod ini diterima pakai. 

Tatabahasa04.10.2010
12345678910

Kembali ke atas