Salam, berkenaan perkataan 'PERSEGARAN' saya dapati bahawa perkataan ini sering digunakan di dalam surat terutamanya berkaitan sesuatu majlis atau bajet. Setelah mencari menggunakan khidmat carian, pihak DBP menyatakan perkataan tersebut tidak ada di dalam rekod, dan 'PENYEGARAN' adalah perkataan yang sesuai. Kemudian saya bertanya kepada penduduk di Kelantan, mereka menyatakan perkataan 'PERSEGARAN' ini merujuk kepada makanan atau jamuan, bergantung kepada cara ayat itu diatur. Sebagai contoh, 'Bajet yang diperlukan untuk PERSEGARAN adalah sejumlah....' atau 'PERSEGARAN pada pukul 9.00 pagi. Maka saya rasa perkataan 'PERSEGARAN' ini digunakan hanya di beberapa tempat sahaja dan mungkin menimbulkan kekeliruan dengan ada nya kata akar 'SEGAR'. Soalan saya, bagaimana saya boleh mencari sumber rujukan bagi perkataan-perkataan yang khusus bagi negeri-negeri tertentu seperti perkataan 'PERSEGARAN' bagi memudahkan saya memahami bahasa setempat. | Dalam Kamus Dewan akar kata segar boleh menerbitkan kata kesegaran (bermaksud keadaan segar), penyegaran (menyegarkan sesuatu) dan beberapa kata lagi, namun tidak ada perkataan persegaran. Saya bersetuju dengan pandangan tuan, berkemungkinan perkataan persegaran bersifat setempat, namun kami tidak dapat mengesahkan makna dan kesahihan maklumat yang tuan berikan. | Tatabahasa | 01.02.2018 |
salam tuan, adakah betul penggunaan kata 'persegaran'yang sering digunakian dalamn atur cara majlis | Sila nyatakan konteks penggunaan perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, dari segi tatabahasa tiada pembentukan perkataan persegaran. Yang ada ialah penyegaran yang bermaksud proses menyegarkan sesuatu. | Tatabahasa | 04.02.2012 |
Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan Bahasa Inggeris 'Toner' dan 'Toning' yang digunakan dalam produk kecantikan. | Perkataan dalam bidang kecantikan, toner ialah penyegar, manakala toning ialah penyegaran. | Istilah | 22.05.2014 |
salam tuan, biasanya di Kelantan atur cara sesuatu majlis akan ditulis seperti berikut: 8.00 pagi ceramah 9.30 pagi persegaran begitulah seterusnya ...adakah dalam konteks ini betul penggunaan perkataan ;persegaran' mohon penjelasan lanjut kerana di Kelantan begitulah keadaannya. | Untuk makluman, tidak ada kata "persegaran" dalam pangkalan data kami. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran, penyegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih. | 1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 4. Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam. 5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? | Tatabahasa | 27.04.2012 |
Assalamualaikum... Saya mempunyai persoalan yang mungkin kecil akan tetapi penggunaan perkataan ini menyebakan saya masih keliru adakah wujud perkataan ini di dalam kamus dewan bahasa melayu kesemuanya. Perkataan atau penggunaan istilah ini selalu digunakan pada kertas kerja. soalan saya,adakah wujud perkataan 'persegaran' Harap pihak tuan dapat membantu. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | Untuk makluman sdr, tidak ada kata “persegaran” dalam Kamus Dewan. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi kata imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu. | Tatabahasa | 02.07.2009 |