Perkataan pensejarahan tiada dalam PRPM kerana kata yang dimasukkan ialah penyejarahan. Hal ini disebabkan kata dasar bagi kata ini bermula dengan huruf s iaitu sejarah. Huruf pertama dalam kata dasar luluh apabila bergabung dengan awalan peN- dan digantikan dengan bentuk sengau ny. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008: 109).
Takrif dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005) adalah seperti yang berikut:
persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan persejarahan yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan">
penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm penyejarahan Melayu.
Thanks for clicking. That felt good.