Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah "Lifeguard"? Adakah "Penyelamat Renang" boleh digunakan atau "Penyelamat Akuatik" lebih sesuai? | Dalam data rujukan kami, lifeguard diterjemahkan sebagai penyelamat. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2018 |
1. Pasukan penyelamat telah berjaya ( menemui / menemukan ) Ali yang tersesat di hutan. 2. Ali telah ( ditemui / ditemukan ) pasukan penyelamat. | Merujuk Kamus Dewan menemui sama maksud dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu kedua-duanya boleh menjadi jawapan dalam ayat pertama. Merujuk rumus tatabahasa pula apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Oleh itu, kata ditemui dan ditemukan boleh menjadi jawapan bagi soalan yang kedua. | Tatabahasa | 29.03.2011 |
Gerakan menyelamat /penyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan dan mengapa? | Gerakan menyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan menyelamat merujuk kepada perbuatan, manakala penyelamat ialah orang yang menyelamat. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Salam sejahtera, bolehkah jika saya menggunakan istilah 'pasukan bomba'? Atau kini sudah ditambah menjadi 'pasukan bomba dan penyelamat' (memandangkan nama organisasi itu yang turut berubah? Itu sahaja. Terima kasih. | Penggunaan nama khas mestilah tepat dan terkini apabila merujuk kepada institusi/organisasi yang tersebut. Dalam konteks ini nama Pasukan Bomba dan Penyelamat adalah yang lebih tepat digunakan. | Lain-lain | 18.12.2013 |
1) Adakah perkataan 'sia-sia' masih digunakan? Kamus Dewan yang terbaharu tidak dapat dicari tentang perkataan ini. 2) Adakah kata majmuk 'layan diri' masih boleh digunakan? Yang manakah betul 'layan diri' atau ' swalayan'? 3) Apakah bezanya tentang perkataan 'ahli' dengan 'anggota'? kita menggunakan 'anggota bomba dan penyelamat' atau 'ahli bomba dan penyelamat'. | 1) Perkataan sia-sia terdapat dalam entri Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 2) Perkatan layan diri dan swalayan, kedua-duanya digunakan dalam wacana bahasa Melayu. 3) Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli bomba dan penyelamat serta anggota bomba dan penyelamat, kedua-duanya betul.
| Tatabahasa | 30.08.2014 |
(menemui dan menemukan)ayat:Pasukan Bomba dan Penyelamat ___________mangsa yang hilang di Gunung Tebu dua hari yang lalu.mana yang betul? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menemui sama makna dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari dll, mendapat, mendapati. Oleh itu, penggunaan perkataan menemui dan menemukan adalah betul. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Betulkah ayat : Polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat telah bergegas..............(dan berulang dua kali) t kasih. | Mengikut tatabahasa, penggunaan kata dan dalam ayat tersebut tidak salah. Namun, untuk mengelakkan kekeliruan, kata 'dan' yang pertama boleh digantikan dengan tanda koma. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
bagaimana hendak penggalkan perkataan bangunan, saliran, rambutan, penyelamat,penimbas pakaian mengikut suku kata | ba-ngu-nan,sa-li-ran,ram-bu-tan, pe-nye-la-mat, pe-nim-bas pa-kai-an | Tatabahasa | 07.08.2007 |
Assalamualaikum w.b.t Betulkah penggunaan ayat ni, "Nyahaktifkan penyelamat skrin pada komputer anda"? Terima kasih. | Nyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan pada ayat tersebut asalkan sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. | Istilah | 17.08.2011 |
Mengapakah perkataan takhlisan tidak diberikan takrif? Apakah takrif takhlisan? | Takhlisan bermaksud penyelamat. | Makna | 04.04.2018 |