Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi?Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian.  Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan.   

Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran.

 

Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan.

    
Makna28.04.2011
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "planned maintenance"? 1. Penyelenggaraan Dirancang 2. Penyelenggaraan Terancang Bidang: Kejuruteraan Apakah perbezaan dalam penggunaan bagi frasa nombor 1 dan 2? Terima kasih.Lazimnya padanan bahasa Melayu bagi planned ialah terancang. Perkataan terancang bermaksud sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dan sebagainya yang telah ditentukan.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2019
antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.1. Penyenggara Jalan  dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.

2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.
Tatabahasa27.02.2014
Salam Tuan. Saya ingin mendapatkan pengesahan dan penyemakan penggunaan perkataan bagi jenis aktiviti yang terkandung pada papan iklan. 1. Penyelenggaraan dan Pembaikan Bateri Saya berharap agar pihak DBP dapat memberi maklum balas dengan kadar segera. Terima kasihSila buat permohonan bagi semakan bahasa dalam iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Lain-lain12.09.2018
apakah perbezaan di antara penyengaraan dan penyelenggaraanSalam ejahtera,

Maksud penyelenggaraan ialah 1. perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan, 2. pemeliharaan, pengawasan.
Tiada perkataan penyengaraan di dalam Kamus Dewan.

Sekian, terima kasih.
Makna18.09.2019
MOHON PANDANGAN DARI PIHAK TUAN, PENGGUNAAN BAHASA BERIKUT YANG MANA SESUAI BAGI DILETAKAN DI PAPAN IKLAN KEDAI KOMPUTER. 1. PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER 2. PUSAT SERVIS KOMPUTER 3. PENYELENGARAAN KOMPUTER 4. PENJUAL BARANGAN DAN AKSESORI KOMPUTER 5. MENJUAL BARANGAN DAN PERALATAN KOMPUTER 6. MENJUAL PERKAKASAN KOMPUTER 7. PENJUAL KOMPUTER 8. MENJUAL KOMPUTERPenggunaan bahasa Melayu yang betul bergantung pada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Sekiranya kedai tersebut menjual komputer dan tidak ada perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai ialah KEDAI KOMPUTER atau PENJUAL KOMPUTER. Sekiranya kedai tersebut hanya menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai digunakan ialah  PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER atau PUSAT SERVIS KOMPUTER.
Lain-lain13.10.2015
Dipohon atau dimohon? Manafaat atau manfaat? Selenggara atau senggara? Penyenggaraan atau penyelenggaraan?1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. 2. Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. 3. Penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya boleh digunakan yang bermaksud mengurus, memelihara, melaksana, mengelola dll.Makna25.07.2012
apakah perbezaan penyenggaraan dan penyelenggaraan. mohon bantuan untuk sertakan bersama contoh, kesesuaian ayat digunakan dan info terperinci. Terima kasih.Kata penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun penyelenggaraan mempunyai makna tambahan. Makna sesuatu kata di dalam kamus dipecahkan mengikut konteks penggunaannya oleh masyarakat.

Berikut merupakan makna berserta ayat contoh bagi kata penyenggaraan dan penyelenggaraan dalam Kamus Dewan Perdana

senggara سڠݢارا [səŋ·gɑ·rɑ]

menyenggarakan مڽڠݢاراکن [mə·ɲəŋ·gɑ·rɑ·kɑn] [psf: disenggarakan, senggarakankt memelihara atau menjaga (bangunan, kenderaan, jalan raya dan lain-lain) secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Kos menyenggarakan taman laut itu agak tinggi, maka caj terpaksa dikenakan kepada pengunjung.Setiap jurutera akan menyenggarakan pesawat yang mengalami kerosakan dengan bantuan mekanik.Landskap boleh direka secara ringkas supaya senang untuk disenggarakan.

penyenggaraan ڤڽڠݢاراءن [pə·ɲəŋ·gɑ·rɑ·ɑn] perbuatan menyenggarakan sesuatu: Penyenggaraan itu dijalankan di hangar Malaysia Airlines.


selenggara
 سلڠݢارا [sə·ləŋ·gɑ·rɑ]

menyelenggara مڽلڠڬارا [mə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ] ktt memelihara atau menjaga bangunan, kenderaan, jalan raya dan sebagainya secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Kerja-kerja menyelenggara akan dimulakan segera.

menyelenggarakan مڽلڠݢاراکن [mə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ·kɑn] [psf: diselenggarakan, selenggarakan1 kt memelihara atau menjaga (bangunan, kenderaan, jalan raya dan sebagainya) secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Sepuluh orang pekerja ditugaskan untuk menyelenggarakan kawasan taman istana ini setiap hari.Landasan kereta api diselenggarakan oleh pekerja mahir. 2 kt mengatur dan mengurus (pertandingan, pameran dan lain-lain) supaya lancar dan sempurna: Pegawai ini telah ditugaskan untuk menyelenggarakan pameran buku agama Islam.Kursus kepimpinan ini diselenggarakan oleh Jabatan Perdana Menteri. 3 kt mengurus dan mengerjakan (ladang, kilang dan lain-lain) supaya berjalan dengan baik Syarikat menghabiskan banyak wang untuk menyelenggarakan kilang dan peralatannya.Ladang yang luas wajar diselenggarakan mengikut pengetahuan sains. 4 kt menjalankan atau melaksanakan (rancangan, perintah dan lain-lain) Parlimen harus menyelenggarakan tanggungjawab secara berkesan.

penyelenggaraan ڤڽلڠݢاراءن [pə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ·ɑn] 1 n hal atau perbuatan menyelenggara atau menyelenggarakan: Pengetahuan dan kemahiran penyelenggaraan komputer sangat penting pd masa kini. 2 n hal atau perbuatan mengawasi atau menjaga kesihatan, keselamatan dsb: Para doktor terlatih bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kesihatan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini.
Makna08.08.2025
Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini?

Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud  mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan  2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat  4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan  2. pemeliharaan, pengawasan.   Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. 

Makna27.01.2011
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih.1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :
Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ...

2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini.
Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini.

 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 
 Hal-hal lain berkaitan

4) Goreng pisang / pisang goreng
pisang goreng

5) Sos tomato / tomato sos
Sos tomato

6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


Tatabahasa23.04.2013
12

Kembali ke atas