Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.li.di/] | ڤڽليديق

Definisi : 1. orang yg menyelidiki (mem­pelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.li.di/] | ڤڽليديق

Definisi : 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
masih keliru penggunaan 1. Felo kehormat atau felow kehormat 2. Felow penyelidik atau felo penyelidik mohon pencerahan. terima kasih.Jawapan yang betul ialah ‘felow penyelidik’.  ‘Felow’ daripada perkataan ‘fellow’ yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional.Ejaan03.10.2018
Salam tuan di talian, Saya ingin memastikan bahawa penggunaan kata sendi nama dari adalah tepat dalam ayat di bawah. 1. Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? atau Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik daripada USM?Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos.

USM- tempat.
 Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? - TEPAT.
Tatabahasa02.08.2012
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya dan jika salah sila nyatakan alasannya. 1. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 2. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain...Ayat 1 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Ayat 2 agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain".Tatabahasa24.02.2009
Praviny Muniapan Jan 20th, 1:03pm kepada tuan/puan saya praviny muniapan, seorang pegawai penyelidik di MMU Melaka. kami memerlukan pertolongan pihak tuan bagi memberi kami bahan bahan selidik untuk Bahasa Melayu, seperti korpus Bahasa Melayu. Kami tidak tahu dimana hendak menghantar utusan ini jadi telah menghantarnya melalui Facebook. kami ingin membuat satu temujanji dengan pihak tuan bagi tujuan ini pada hari selasa minggu depan. sekian praviny muniapan 0183519495Laman web DBP menyediakan domain khusus kepada penyelidik untuk membuat kajian tentang korpus. Sila layari laman web kami, dan klik domain "e-penyelidikan".Lain-lain20.01.2015
Saya merupakan pembantu penyelidik di Fakulti Ekologi Manusia, di UPM Serdang. Bagaimanakah prosedur untuk saya mendapatkan khidmat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menterjemah perkataan ataupun beberapa terma tertentu daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu?  Maklum balas daripada pihak tuan/puan amat saya hargai.Salam sejahtera, Tuan boleh mengemukakan terma atau perkataan berkaitan melalui laman web Khidmat Nasihat DBP http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Sekian. Terima kasih.Istilah07.02.2018
Tidak Berjaya untuk Mendaftar Sebagai Penyelidik Korpus DBP Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengetahui sama ada masalah pendaftaran Korpus DBP telah diperbaiki. Hal ini demikian kerana saya telah cuba mendaftar sejak March tetapi sering menghadapi kegagalan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.Harap maaf, sistem Korpus DBP sedang mengalami masalah teknikal dan masalah tersebut sedang ditangani oleh Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.04.2011
saya disini ingin bertanyakan siapakah penyelidik/pengarang bagi perkataan mampan? judul/keluaran/terbitan siapa dan berapa? sumber siapa yang boleh dikaitkan dengan perkataan mampan?Kata mampan mula dimasukkan dalam entri Kamus Dewan, Edisi Keempat yang diterbitkan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun tidak ada etimologi kata mampan dalam sumber rujukan kami.Lain-lain06.03.2011
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Saya pembantu penyelidik UPM yang menjalankan kajian mengenai sosialisasi perundangan . Saya ingin bertanya mengenai daftar Bahasa Inggeris yang ingin dialih bahasa ke Bahasa Melayu. 1.legitimacy of the law, 2.cynicism about the legal system 3.moral disengagement Legitimacy of the law - merujuk kepada ( the feelings of obligation to defer to the rules and decisions associated with legal institution and actors ) Cynicism about the legal system - merujuk kepada ( the legal system or the law is the sense in which the people are acting in ways that are outside the law and community norms and they felt that such conduct is reasonable ) Moral disengagement - merujuk kepada ( the separation of conduct from moral standards relevant to the conduct )Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.legitimacy of the law - keesahan undang-undang 2.cynicism about the legal system - kesinisan terhadap sistem undang-undang 3.moral disengagement -pembebasan moralIstilah14.11.2016
Assalam, Saya sedang menggunakan Korpus DBP ( Penyelidik ) sejak pagi tadi. Namun selepas kira-kira jam 12 tengahari saya tidak dapat mengakses Korpus DBP sehingga kini..mohon jasa baik pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini kerana saya amat memerlukan maklumat dari Korpus DBP ini untuk kajian saya. Sekian, terima kasih.Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem maklumat, DBP untuk tindakan selanjutnya. Kami berharap tuan boleh mengakses semula Korpus DBP dengan kadar yang segera.Lain-lain10.03.2015
Tuan/Puan, Saya ingin mendaftar sebagai penyelidik supaya dapat menggunakan Korpus DBP untuk menjalankan penyelidikan tetapi sistem tersebut sering menolak permintaan saya dengan alasan 'Pendaftaran tidak berjaya!' Saya berharap agar tahu akan sebabnya. Selain itu, bagaimanakah pengguna boleh memperolehi ID pengguna dan kata laluan supaya dapat menggunakan korpus sastera? Adakah dalam laman web DBP, pihak berkuasa hanya membekalkan perkhidmatan daripada kedua-dua korpus tersebut sahaja? Sekian, terima kasih.Terima kasih atas keprihatinan saudara memanfaatkan perkhidmatan yang kami sediakan dalam ruang bmaya ini. Untuk makluman saudara, sistem korpus bahasa tiada masalah dan saudara boleh mengakses sistem tersebut berdasarkan arahan yang diberikan dalam sistem. Sistem korpus sastera memang bermasalah buat masa ini dan hal ini telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP dan kami berusaha menanganinya secepat mungkin.Lain-lain18.03.2011
1234

Kembali ke atas