Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyé.ma/] | ڤڽيمق

Definisi : orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyé.ma/] | ڤڽيمق

Definisi : orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: ja­watankuasa ~ dasar pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyemak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt. Saya memeerlukan penyemak bahasa untuk manuskrip saya yang akan diterbitkan. Mohon email penyemak bahasa tersebut untuk tujuan penghantaran manuskrip tersebut. Terima kasih.Untuk makluman Dr., kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak manuskrip terbitan luar, melainkan manuskrip dihantar kepada DBP untuk diterbitkan. Pihak kami boleh mempertimbangkan untuk menerbitkan manuskrip yang dihantar kepada kami, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.Lain-lain15.12.2015
salam, mana satukah terjemahan yang betul untuk frasa 'review team'. ayat contoh: accepted by Hamzah from the review team. 1-pasukan semakan 2-pasukan penyemak? Terima kasihTerjemahan yang betul bagi 'review team' ialah pasukan penyemakPenyemakan dan penterjemahan10.03.2021
Assalamualaikum... Terima kasih atas maklum balas pihak tuan atas pertanyaan saya yang lalu berkaitan Minit Mesyuarat. Soalan saya kali ini ialah berkaitan nama dan tandatangan penyedia dan penyemak minit mesyuarat. Dalam PKPA 2/1991 tidak dinyatakan secara khusus keperluan tersebut. Bagaimanakah amalan DBP, adakah penyedia dan penyemak minit mesyuarat perlu meletakkan nama dan menandatangani minit berkaitan sebelum dibincangkan dalam mesyuarat seterusnya? Terima kasih.Lazimnya minit mesyuarat ditandatangani setelah dibincang dan disahkan minit berkenaan dalam mesyuarat tersebut.Lain-lain18.03.2012
Adakah DBP terlibat sebagai penyemak ayat-ayat peraturan Kerajaan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia? Mohon DBP menyemak pekeliling Kerajaan kerana ayat dalam pekeliling mengelirukan dan tidak sampai maksud.... Mohon bantuan DBP berhubung isu ini.Untuk makluman puan, setiap pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan telah melalui proses penyediaan yg ditetapkan dan disemak oleh pihak-pihak yg berkepentingan. Setakat ini, tidak diwajibkan pekeliling disemak dan disahkan penggunaan bahasanya oleh DBP. Walau bagaimanapun, pihak JPA telah melantik perujuk bahasa atau pegawai bahasa di setiap kementerian dan DBP bersedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan nasihat berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Lain-lain24.10.2023
Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "pop-up blocker" (yang menghalang tab baru daripada dibuka dalam sesuatu penyemak imbas)?Belum ada lagi istilah untuk "pop-up blocker" dalam bahasa Melayu.  Kami cadangkan dua istilah yang boleh digunakan mengikut konteks:

1. "Penghalang tetingkap timbul" sekiranya ia window
2. "Penghalang kotak timbul" sekiranya ia box 
Makna27.04.2014
Mengenai Penulisan Bahasa Melayu PT3, bahagian c (80-100 patah perkataan), jika calon menulis lebih daripada 100 patah perkataan, adakah markah akan ditolak ataupun isi yang berlebihan tiadak akan dibaca oleh penyemak?Sila kemukakan pertanyaan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.Lain-lain10.09.2014
Ingin tahu perlukah minit mesyuarat itu ditandatangani oleh pencatat atau tulis nama pencatat sahaja .Pada bahagian akhir/penutup minit mesyuarat dicadangkan untuk diletakkan nama penuh pencatat, jawatan dan tarikh diikuti dengan penyemak dan pengesah minit mesyuarat. Contoh:


Disediakan oleh: 

  tandatangan
.......................
(NAMA PENUH PENCATAT)
Jawatan
Tarikh
Lain-lain22.02.2024
Bagaimana untuk saya membeli software Kamus/Dewan Eja untuk kegunaan kami di pejabat. Terima kasihSalam tuan budiman, Mendapatkan Perisian Dewan Eja Pro DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Tuan bolehlah mendapatkan Dewan Eja pro ini melalui: E-mel: support@tntsb.com Laman sesawang: www.tntsb.com Facebook: Dewan Eja Pro Telefon: 03-83193388 Alamat: 4800-2-6 CBD Perdana, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Malaysia, Produk: Dewan Eja Pro 1 0 for MS Office Dewan Eja Pro 10 for Adobe Indesign & InCopy Kamus Pro for Android Kamus Pro for iOS EjaPro MobileKamus Sekian, terima kasih.Lain-lain19.01.2021
bagaimanakah hendak menyemak teks bahasa melayu? apakah perisian yang diperlukan

Untuk makluman puan, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Puan boleh membeli Dewan Eja pro ini di Kedai Buku DBP, Menara DBP  atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388.

Lain-lain01.02.2019
Salam Tuan/Puan, Saya perlu menterjemahkan abstract thesis saya kepada Bahasa Melayu. Saya memerlukan pertolongan tuan/puan. Saya lampirkan abstract dalam Bahasa Inggeris. Harap tuan/puan dapat membantu saya dalam hal ini. Kerjasama tuan amat saya menghargai. Sugumaran

Khidmat nasihat bahasa menyediakan khidmat penyemakan tetapi terhad kepada 100 patah perkataan. Khidmat yang melebihi jumlah perkataan tersebut boleh dibuat oleh penyemak luar atau oleh pegawai DBP tetapi di luar waktu pejabat. Kami lampirkan bahagian abstrak tuan yang telah disemak dalam versi bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan25.11.2014
123

Kembali ke atas