penyemakan bahasa | Salam sejahtera, Tuan, Sila layari laman web DBP Sah Bahasa (https://dbpsahbahasa.my/) untuk pengesahan bahasa dalam paparan iklan. Terima kasih. | Lain-lain | 10.07.2019 |
Penyemakan Papan Tanda Perniagaan | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan BahasaDBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 27.03.2018 |
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA | Tajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA. | Tatabahasa | 20.08.2019 |
Permohonan penyemakan bahasa pada bunting | Sila layari laman http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan. | Lain-lain | 04.11.2016 |
Memohon untuk penyemakan terjemahan Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris untuk tujuan pelabelan produk. Terima kasih. | Tuan, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk pelabelan produk boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
| Lain-lain | 24.06.2019 |
Memohon untuk penyemakan terjemahan Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris untuk tujuan pelabelan produk. Terima kasih. | Untuk perkhidmatan penyemakan dokumen, sila e-melkan bahan tersebut kepada azahari@dbp.gov.my telefon 03-2147 9115. Terima kasih. | Lain-lain | 27.06.2019 |
Saya ingin mendapatkan khidmat penyemakan thesis didalam bahassa melayu. Adakah DBP menyediakan perkhidmatan tersebut? Sekian, terima kasih. | Mohon maaf. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penyemakan tesis. | Lain-lain | 30.08.2019 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, jika pertanyaan seperti 'do you want to buy this?' diikuti dengan 'i'm good', apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'good'? Terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2017 |
Assalammulaikum, saya ingin bertanya adakah DBP ada menyediakan perkhidmatan penyemakan bahasa untuk pembentukan buku. Terima kasih. | Wassalam, Untuk makluman tuan/puan, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyemakan bahasa penerbitan sesuatu buku. Walau bagaimanapun, pihak tuan boleh cuba menghubungi pegawai kami di Bahagian Buku Umum sekiranya mereka bersedia untuk membantu pihak tuan/puan. 03 -2147 9442 03 - 2147 9450 Terima kasih. | Lain-lain | 31.01.2017 |
saya ingin cari terjemahan dalam bahasa melayu untuk istilah ini. "The Convergent Parallel Design-Concurrent" | Dalam data rujukan kami, tiada terjemahan bagi perkataan tersebut. Mohon pihak tuan kemukakan cadangan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dan pihak kami akan membantu penyemakan bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.10.2017 |