Apakah maksud tepat untuk bahasa melayu bagi Engineering Localization. Adakah penyetempatan perkataan yang sesuai? Maksud disini ialah teknologi luar negara yang kita bangunkan di dalam negara dengan menggunakan keupayaan kejuruteraan tempatan. Terima kasih | Padanan bagi istilah 'engineering localization' ialah penyetempatan kejuruteraan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.07.2022 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) "Software Localization" merujuk kepada proses menyesuaikan produk perisian untuk memenuhi keperluan bahasa, kebudayaan dan teknikal sesuatu pasaran. Bolehkah "Penyetempatan Perisian" dan/atau "Penyesuaian Tempat Perisian" diterima sebagai terjemahan "Software Localization"? 2) "Transcreation" merujuk kepada proses kreatif yang mengadaptasikan sesuatu mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain, sambil mengekalkan niat, gaya, nada dan konteksnya. Proses ini merangkumi terjemahan serta "penciptaan semula" (Translation & Re-creation). Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Transcreation" (jika ada)? Sekali lagi, terima kasih. | Untuk makluman, istilah software Localization dan Transcreation tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, pihak kami mencadangkan terjemahan bagi software Localization ialah Penyetempatan perisian dan terjemahan bagi Transcreation ialah penciptaan semula terjemahan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.05.2019 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. 1) "Localization" dalam konteks berkenaan bermakna proses menjadikan sesuatu berciri atau bersifat tempatan. Yang manakah antara berikut terjemahan "localization" yang paling sesuai dalam konteks tersebut - "persetempatan" atau "penyetempatan" atau apa-apa terjemahan yang lain? 2) "Transcreation" bermakna 'menterjemahkan' DAN 'mencipta semula' teks asal/sumber kepada bahasa baharu sambil memastikan ia masih sesuai dalam konteks yang dimaksudkan. Apakah terjemahan "transcreation" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih | localization=penyetempatan transcreation - untuk makluman, setakat ini tiada istilah yang dicipta untuk perkataan ini. Padanan 'mencipta semula' teks asal/sumber kepada bahasa baharu sambil memastikan ia masih sesuai dalam konteks yang dimaksudkan' boleh diguna pakai sebagai keterangan maksud. | Makna | 28.04.2019 |
Adakah terjemahan "localisation" ialah menempatankan? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah localisation secara umumnya ialah penyetempatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.01.2024 |
"Localisation" dalam bahasa Inggeris membawa maksud menjadikan sesuatu sesuai untuk kawasan tempatan. Apa terjemahan "localisation" yang sesuai? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah localisation secara umumnya ialah penyetempatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.01.2024 |
Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'localization'? Perkataan 'localization' disini adalah dalam skop kajian pertanian. Contohnya: Food system localization | Setakat ini, masih belum ada istilah khusus dalam bidang pertanian. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan perkataan localization ialah penyetempatan atau pensetempatan. | Istilah | 18.02.2021 |
Salam Apakah padanan yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan di bawah dalam konteks perisian: 1. Master Version 2. Retail Localisation 3. Country Localisation 4. Country environment 5. Off-the-shelf product 6. Customer Relationship Management 7. Business Central 8. Market-specific provider 9. Local functionalities Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: master version - versi induk retail localisation - penyetempatan runcit country localisation - penyetempatan negara country environment - persekitaran negara off-the-shelf product - produk tersedia customer relationship management (CRM) - pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) business central - pusat perniagaan market-specific service provider - pembekal perkhidmatan pasaran khusus local functionalities - kefungsian setempat Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 26.07.2021 |
Salam Apakah padanan yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan di bawah dalam konteks perisian: 1. Master Version 2. Retail Localisation 3. Country Localisation 4. Country environment 5. Off-the-shelf product 6. Customer Relationship Management 7. Business Central 8. Market-specific service provider 9. Local functionalities T Terima kasih | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: master version - versi induk retail localisation - penyetempatan runcit country localisation - penyetempatan negara country environment - persekitaran negara off-the-shelf product - produk tersedia customer relationship management (CRM) - pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) business central - pusat perniagaan market-specific service provider - pembekal perkhidmatan pasaran khusus local functionalities - kefungsian setempat Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 30.07.2021 |
apakah istilah bahasa melayu yang sesuai untuk istilah perubatan di bawah:- 1. First-pass Metabolisme = Metabolisme Laluan-Pertama? 2. Bio-Availability = Bio-keperolehan / Bio-ketersediaan? 3. Theraphy Localization= Terapi Penyepadu? 4. Fat Soluble = Larut Lemak? | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. First-pass metabolisme: Metabolisme laluan pertama 2. Bio-availability: Bioketersediaan, biokebolehsediaan, biokebolehdapatan, biokeperolehan 3.Theraphy localization: Terapi penyetempatan, terapi persetempatan 4. Fat soluble: Larut lemak Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Istilah | 19.03.2021 |