perlanjutan atau pelanjutan penyewaan ruang pejabat? | Penggunaan yang betul dalam frasa tersebut ialah "pelanjutan penyewaan pejabat", kata perlanjutan juga betul tetapi lazimnya digunakan dalam konteks makna berterusan atau berpanjangan. | Ejaan | 14.09.2011 |
Dibuka untuk disewa ATAU Dibuka untuk sewaan ? | cadangan kami : Dibuka untuk penyewaan | Tatabahasa | 29.07.2008 |
BAGANMAS SDN. BHD. NO. SYARIKAT : 676280-U PERKHIDMATAN : KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM, PEMBEKALAN, PENYEWAAN JENTERA, MESIN, LORI, PEMBERSIHAN KAWASAN DAN LAIN-LAIN 013-7440700 011-10770001 | Sila layari http://dbpsahbahasa.my/default untuk penyemakan dan pengesahan bahasa dalam iklan. Terima kasih. | | Lain-lain | 08.02.2018 |
Assalamualaikum encik Dukacita dimaklumkan pada percubaan yang ke 7, kami masih gagal. Pihak DBP masih tegas menyuruh kami menukarkan nama studio kepada butik. Ini adalah penyertaan yang ke -8 beserta keterangan yang baru. "HAJUWA dipilih sebagai nama perniagaan kerana ianya adalah singkatan dan gabungan nama pemiliknya sendiri. Ianya juga dipilih kerana mudah disebut dan dieja, sekaligus memudahkan para pelanggan mengingati nama perniagaan kami. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami menyediakan servis penyewaan studio bagi tujuan penggambaran. Dan pejabar urusan bagi menempatkan pekerja kami membuat kerja pemasaran, pengurusan studio dan sebagainya. Kami juga ingin menegaskan bahawa kami tidak membuat butik di situ. Kami harap penjelasan ini jelas untuk memberitahu bahawa perniagaan kami adalah menyediakan tempat untuk penggambaran (studio) sahaja. " Adakah masih memerlukan perubahan? Sila berikan nasihat bagi meluluskan permintaan kami kerana ianya sangat memakan masa. Terima Kasih. | Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 30.01.2017 |
Azlan Acha 5:46 Azlan Acha Azlan Asalmualaikum dewan bahasa budaya dan pustaka... ada no untuk call tak? | Wassalam, Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi kami di : 03-2147 9000 (Bantuan Operator) 03-2147 9483 (Komunikasi Korporat) 03-2147 9345 (Pertanyaan Jawatan Kosong) 03 - 4101 2328 (Buku & Kedai Buku DBP), wasp 019 - 214 1956 03 - 4101 2476 (Langganan Majalah) E-mel: pp@dbp.gov.my 03-2147 9095 (Penyewaan ruang DBP) 03-2147 9382(Unit Laman) | Lain-lain | 05.12.2016 |
Hairi Jamil Assalamualaikum... Saya nak bertanyakan soalan Bagaimanakah cara dan prosedur untuk memohon penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Dan dengan siapa kami perlu berhubung untuk tempahan Terima kasih | Waálaikummussalam.... Penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka adalah di bawah kendalian Bahagian Pentadbiran Am. Sebarang permohonan sewaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pentadbiran Am, Aras 14, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50640 Kuala Lumpur. 2. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam surat permohonan adalah: i) Nama Majlis ii) Waktu Penggunaan iii) Senarai Keperluan Peralatan semasa majlis berlangsung 3. Berikut kadar Sewaan bagi Auditorium DBP: Deposit penyewaan : RM500.00 Untuk Tempoh setiap jam : I) Hari Bekerja = RM500.00 ii) Hari Cuti Umum = RM 625.00 Pakej penggunaan 8 jam : I) Hari bekerja = RM4,000.00 ii) Hari Cuti Umum = RM5,000.00 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 03-21479708. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "BAHASA JIWA BANGSA" Saya yang menurut perintah, (ZAWIYAH BINTI ABD KARIM) Penolong Pegawai Tadbir (N27) Bahagian Pentadbiran Am, Dewan Bahasa dan Pustaka. b.p. Ketua Bahagian Pentadbiran Am. | Lain-lain | 29.05.2014 |