Salam sejahtera, Manakah yang lebih sesuai digunakan bagi terjemahan "Broadcast Country"? a) Negara Penyiaran b) Negara Penyiar c) Penyiaran Negara Mohon pendapat tuan/puan. Terima kasih DBP. | Sila kemukakan konteks penggunaan broadcast country untuk kami memilih terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2015 |
Sekiranya tajuk rencana adalah dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah cara penulisannya? Adalah perlu diletak tanda pembuka dan penutup kata? Contoh ayat adalah seperti berikut: 1. Penyiar TV Arts & Entertainment menyiarkan filem rencana berkenaan kegiatan John bertajuk, Headhunters of the Amazon. 2. Italian Cosmopoliton menerbitkan artikel yang panjang lebar tentang bengkel-bengkelnya di Eropah yang bertajuk Shapeshifting. | Menurut buku Gaya Dewan, tajuk rencana dalam bahasa Inggeris perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 04.10.2011 |
Mohamed Ashik Feb 19th, 5:33pm Kehadapan Yang Berbahagia, Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Semoga mendapat Rahmah Allah dan sehat sejahtera. Tuan, Saya Mohamed Bin Ashik, mantan juruhebah, Penerbit Kanan dan Mantan Wartawan Penyiar Radio Warna Mediacorp Singapura. Saya telah menyiapkan rencana bertajuk ULASAN PANTUN dari muka 1 hingga 29 muka surat. Saya berhasrat untuk mencetaknya menjadi buku, di atas penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Saya harap dapat persetujuan Tuan yang sangat saya hormati. Terima Kaseh Tuan! Mohamed Bin Ashik Blok A, Pulau View Condo, Jalan Skudai, Johor Bahru. | Tuan yang dihormati, Kami menghargai hasrat tuan untuk menerbitkan karya tuan. Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan Ketua Bahagian Buku Sastera, YBhg. Datin Hajijah binti Jais di talian 03-21479434 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 19.02.2015 |
Saya melihat banyak lagu dari Indonesia menggunakan lirik(perkataan) 'butuh' sedangkan di Malaysia maksudnya agak lucah dan kasar. Mengapa hal ini dibenarkan? | Perkataan tersebut adalah bahasa Indonesia dan kita tidak berhak untuk menghalang mereka daripada menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun dalam bahasa Melayu bermaksud lucah dan kasar. Penyiar radio dan televisyen boleh memainkan peranan untuk tidak menyiarkan lagu-lagu sedemikian kepada pendengar. | Lain-lain | 27.10.2009 |
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq | 1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat. 2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.) | Tatabahasa | 18.09.2011 |