adakah perkataan mata-mata mempunyai maksud yang sama dengan penyiasat? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mata-mata bermaksud polis, Polis bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Penyiasat pula bermaksud orang yang menyiasat atau menyelidik. Walau bagaimanapun mata-mata atau polis menjadi penyiasat apabila melaksanakan kerja-kerja penyiasatan sesuatu kes. | Makna | 08.03.2008 |
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH. | Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Adakah penggunaan kata bahasa yang betul PEKERJA BINAAN MAHIR 1 Pemasang Konkrit Pratuang 2 Pemasang Sistem Acuan 3 Pemasang Sistem Blok 4 Pemasang Kekuda Bumbung 5 Jurulepa 6 Pemasang jubin 7 Penerap Bata 8 Jurubengkok Besi Tetulang 9 Tukang Kayu 10 Tukang Konkrit 11 Pemasang Dinding 12 Pemasang Siling 13 Tukang Cat 14 Operator Jentera 15 Pemasang Perencah 16 Operator Kren 17 Juruambin dan Jurutali 18 Tukang Paip 19 Penjaga Jentera 20 Penyambung Kabel 21 Pendawai 22 Jurukimpal 23 Jurugegas Petrokimia 24 Jurubagas & Jurucat 25 Juru Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal 26 Penyiasat Tanah? | Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk kami memastikan sama ada padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan istilah yang diberikan tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. | Istilah | 22.11.2016 |
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan. | Makna | 05.11.2009 |
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ” | Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah: 1. Pemasang Konkrit Pratuang 2. Pemasang Sistem Acuan 3. Pemasang Sistem Blok 4. Pemasang Kekuda Bumbung 5. Tukang Plaster 6. Tukang Jubin 7. Penurap Bata 8. Pelentur Bar 9. Tukang Kayu 10. Pengkonkrit 11. Pemasang Dinding Kering 12. Pemasang Siling 13. Tukang Cat 14. Pengendali Loji 15. Perancah 16. Pengendali Kren 17.Pemasang Anduh dan Rig 18. Tukang Paio 19. Jurujaga atau Penjaga Jentera 20. Penyambung Kabel 21. Pendawai atau Pemasang Dawai 22. Pengimpal atau Tukang Kimpal 23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia 24. Pakar Catan dan Semburan 25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 26. Penyiasat Tanah | Istilah | 20.12.2016 |