Terjemahan 'temperature excursion'? Pertanyaan sebelum ini, tuan jawab: Dalam bidang kejuruteraan excursion diterjemahkan kepada ekskursi atau persiaran. jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya kami cadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada suhu persiaran. Tetapi saya dalam bidang kesihatan. Contoh ayat: Temperature excursions based on stability data for each product must be readily available to distribution staff. Bolehkah diterjemah kepada: 'penyimpangan suhu' | Untuk makluman, "penyimpangan" ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "deviation". Kesesuaian terjemahan perkataan ini bergantung pada konsep atau makna perkataan tersebut. Sekiranya tuan pasti maksud istilah ini ialah "suhu tersebut menyimpang daripada suhu yang lazim atau standard", perkataan "penyimpangan" boleh digunakan. Setelah merujuk internet, maksud yang diberi untuk "temperature excursion' ialah "differences in temperature relating to environmental factors" (perbezaan suhu ysng berkaitan dengan faktor persekitaran). Berdasarkan maksud ini, istilah tersebut boleh juga diterjemahkan kepada perbezaan suhu. | Istilah | 17.03.2014 |
Apakah maksud pembiasan yang betul? | Mengikut data kami, perkataan pembiasan bermaksud penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab. | Makna | 20.01.2015 |
Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi. | Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai. | Makna | 14.08.2007 |
Assalamualaikum, Apakah kewajaran penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu? | Bahasa sastera dapat dikaitkan dengan laras bahasa, iaitu seperti laras sains, teknologi maklumat, undang-undang dan sebagainya. Pengajaran bahasa Melayu pada umumnya mengajar tentang struktur pembentukan ayat secara gramatis, manakala dalam bahasa sastera terdapat elemen "poetic license" yang yang mewajarkan adanya penyimpangan dari segi morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa sastera terangkumnya elemen semantik dan semiotik dalam penghasilan karya. Penyimpangan tersebut tidak bermakna bercanggah dengan pembentukan ayatbahasa Melayu yang gramatis, malah elemen tersebut dapat menimbulkan nilai atau unsur keindahan dalam karya sastera.Penggunaan kosa kata yang tidak lazim, dialek, kata-kata klasik yang terakam dalam karya sastera dapat memperkaya kosa kata seseorang pelajar.Bahasa sastera juga dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui tentang kesantunan bahasa yang terdapat dalam karya sastera. | Lain-lain | 15.01.2008 |