Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyong.sa.ngan] | ڤڽوڠسڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) me­nyongsangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyongsangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat "Guru pakar tersebut mengesahkan bahawa buku itu berkualiti." boleh disongsangkan menjadi "Bahawa buku itu berkualiti guru pakar tersebut mengesahkan." ? Adakah penyongsangan ayat majmuk pancangan komplemen dibuat dengan cara demikian?Ayat majmuk tersebut boleh diubah kepada ayat songsang menjadi mengesahkan bahawa buku itu berkualiti guru pakar tersebutTatabahasa17.12.2014
KAMI AKAN BERTOLAK KE ALOR SETAR SEBENTAR LAGI. MACAM MANA TUKAR KE AYAT PASIF?Ayat "Kami akan bertolak ke Alor Star sebentar lagi" ialah ayat yang menggunakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Ayat ini tidak boleh dipasifkan.  Ayat ini hanya boleh dibuat penyongsangan.
Untuk menjadikan sesebuah ayat aktif itu menjadi ayat pasif, ayat tersebut haruslah terbina daripada kata kerja aktif transitif.  Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.  Contohnya: Kami membaiki kereta kesayangan ayah.  "Membaiki" ialah kata kerja aktif transitif, manakala "kereta kesayangan ayah" ialah objek yang menjadi penyambut atau pelengkap.  Apabila dipasifkan, ayat pasifnya berbunyi "Kereta kesayangan ayah kami baiki".
Lain-lain19.05.2016

Kembali ke atas