Nama tempatan haiwan seperti penyu belimbing, dimulai dengan huruf besar atau kecil? Penyu Belimbing atau penyu belimbing? | Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khastak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve. Perkataan penyu belimbing, penyu karah, penyu lumpur dan penyu pulau tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil. | Lain-lain | 11.09.2017 |
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih | Jawapan yang sesuai ialah mengengsot. (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; | Tatabahasa | 25.10.2012 |
penyu mengesot atau merangkak? | Jawapan yang betul ialah penyu berjalan perlahan. | Lain-lain | 13.03.2010 |
EJAAN JAWI BAGI; PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU CHERATING KM 45, JALAN KUANTAN-KEMAMAN, 26080 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR. | Sekiranya ini untuk papan iklan, ejaan jawi yang perlu dibuat hanya untuk keterangan sahaja: Ejaan jawinnya: PUSAT = ڤوست KONSERVASI = کونسرۏاسي DAN = دان PENERANGAN = ڤنرڠن PENYU = ڤڽو CHERATING = چراتيڠ | Lain-lain | 06.09.2019 |
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai? | Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham. | Sastera | 07.12.2016 |
Bahagian-bahagian di negeri Sabah terdiri daripada gabungan beberapa buah daerah. Contohnya Bahagian Pedalaman terdiri daripada Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan. Soalan saya: 1. Adakah Bahagian Pedalaman ini kata nama khas? 2. Jika dialih bahasa kepada bahasa inggeris, adakah ia kekal sebagai "Pedalaman" atau ada perkataan lain? terima kasih. | Untuk makluman, "Bahagian Pedalaman" ialah nama khas dan tetap kekal ejaannya walaupun digunakan dalam artikel bahasa Inggeris. | Ejaan | 16.12.2013 |
Apakah padanan betul untuk haiwan "snapping turtle" (Nama saintifik: Chelydra serpentina)? | "Snapping turtle" merupakan sejenis haiwan daripada keluarga penyu yang banyak terdapat di Kanada. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Perikanan Malaysia. | Istilah | 11.10.2019 |
Assalamualaikum saya Sirion Binti Ibrahim. Belajar Bahasa Melayu Dasar, ingin bertanya tentang tatabahasa. Terima kasih | Tatabahasa bermaksud pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan kata dan tentang penyusunannya dalam ayat; nahu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 10.09.2015 |
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. | (Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.) Soalan: 1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh. Jawapan: 1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh. Soalan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini. Jawapan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini. Soalan: 3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Jawapan: 3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Soalan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. Jawapan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.
| Tatabahasa | 17.03.2013 |
Assalamualaikum Saya Suwaibah binti Marosi, belajar bahasa Melayu dasar. Ingin bertaya tata bahasa sintaksis binaan ayat, terimakasih wassalam. | Salam, Tatabahasa bermaksud pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan kata dan tentang penyusunannya dalam ayat; nahu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 10.09.2015 |