Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyun.ting] | ڤڽونتيڠ

Definisi : orang yg menyunting (karang­an, filem, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyun.ting] | ڤڽونتيڠ

Definisi : orang yg kerjanya me­nyunting (karangan atau filem): Ayah saya bekerja sbg ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunting
Kata Terbitan : menyunting, mempersunting, penyunting,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah makna istilah penyunting bukuPenyunting buku ialah orang yg menyunting buku.Makna12.08.2008
Apakah asas yang terbaik untuk menjadi seorang Penyunting? Di Brunei Darussalam, rasanya belum ada manual penyuntingan yang kukuh. Cuma yang ada hanyalah rujukan ke Kamus Dewan Edisi III & IV, Kamus Bahasa Nusantara, Gaya Dewan. Di DBP BD misalnya,ada tiga buah cawangan di bawah Unit Penyuntingan. 1. Buku Cerita Bergambar - untuk Kanak-kanak 2. Buku Ilmiah dan Umum 3. Buku Sastera Senior saya ada mengatakan untuk menjadi Penyunting kena kreatif dan MESTI berpandukan pada asas seperti di atas. Saya, berpandukan Gaya Dewan,Sintaksis, Morfologi dan Tatabahasa Dewan. Apakah ada kekurangan dari gaya penyuntingan saya. Mohon bantuanSecara umum, perkara asas untuk menjadi seorang penyunting ialah penguasaan dan pengetahuan dalam bahasa, bidang dan peringkat bahan yang hendak disunting. Penyunting yang bagus dan kreatif terbina melalui pengalaman dan sifat semula jadi, yang antaranya termasuklah minat terhadap kerja penyuntingan, suka membaca, bersifat ingin tahu, analitis dan kritis, serta berdisiplin. Bahan rujukan ialah alat untuk membantu dalam penyuntingan untuk menghasilkan suntingan yang baik. Gaya penyuntingan pula bergantung pada gaya yang telah ditetapkan oleh penerbit; contohnya di DBP, gaya penyuntingan berpandukan buku 'Gaya Dewan'.Lain-lain17.07.2007
Saya berminat untuk menjadi editor/penyunting bahan-bahan keluaran DBP. Bagaimana caranya?

Sdr. boleh mengemukakan permohonan bertulis kepada:

 

Pengarah,

Jabatan Penerbitan,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 KUALA LUMPUR.

 

Sila sertakan juga maklumat mengenai diri Sdr. untuk penelitian pihak kami.

Lain-lain28.04.2010
Saya ingin menawarkan khidmat saya sebagai penterjemah dan/atau penyunting manuskrip. Apa yang perlu saya buat dan dengan siapa perlu saya jumpa?DBP tidak lagi mengusahakan penerbitan buku terjemahan. Sdr dicadangkan berhubung dengan pihak Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bagi penyuntingan manuskrip  pula, biasanya manuskrip buku DBP disunting secara dalaman.Lain-lain17.04.2011
SALAM BAHAGIA, SAYA PN ARUNA INGIN TAHU SAMADA TERDAPAT SEBARANG PEKERJAAN SECARA FREELANCE DALAM BIDANG PENTERJEMAHAN. SAYA ADALAH SEORANG SURIRUMAH DAN PERNAH BEKERJA SEBAGAI SEORANG PENYUNTING DI BERNAMA SELAMA 5 TAHUN. SAYA AMAT ALU-ALUKAN FEEDBACK TUAN. TERIMA KASIH

Sekiranya sdr. berminat untuk menjadi penterjemah, sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

Lain-lain27.06.2009

Kembali ke atas