Salam. Penyuntingan ada dua, iaitu penyuntingan substansif dan penyuntingan kopi. Adakah penyuntingan kopi itu merujuk kepada penyuntingan naskhah? | Benar. Penyuntingan kopi sama dengan penyuntingan naskhah. | Lain-lain | 01.02.2011 |
PERBEZAAN ANTARA PENYUNTINGAN NASKHAH DAN PENYUNTINGAN KOMPREHENSIF | Penyuntingan naskhah adalah sama dengan penyuntingan kopi, iaitu menyunting dari aspek bahasa dan teknikal. Penyuntingan komprehensif adalah penyuntingan menyeluruh yang melibatkan penyuntingan dari aspek subsantantif dan naskhah. | Makna | 16.06.2014 |
APAKAH KEPENTINGAN PENYUNTINGAN DALAM PROSES PENULISAN? | Penyuntingan dalam penulisan merupakan satu peringkat yang penting kerana melalui cara ini sebarang kelemahan penulisan dari segi bahasa, fakta, kesinambungan idea, kesepaduan, keselaran dapat dikesan dan seterusnya diperbaiki. Penulis perlu mahir dalam aspek penyuntingan kerana apabila manuskrip diserahkan kepada penerbit, urusan penerbitan akan lebih cepat. | Lain-lain | 26.07.2006 |
Salam. Tuan, apakah kursus yang sesuai bagi mereka yang berminat dengan bidang penyuntingan? | Secara umumnya Kursus Penataran Bahasa Melayu dan Kursus Penyuntingan perlu diikuti oleh mereka yang berminat dengan kerja penyuntingan. | Lain-lain | 21.04.2012 |
HURAIKAN SECARA TERPERINCI APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP? | Penyuntingan ialah proses menyemak semula manuskrip yang telah siap ditulis. Semakan dibuat dari segi fakta, bahasa, persembahan, dan reka letak/ reka bentuk. Tujuannya supaya manuskrip itu lengkap, betul/tepat, dan mudah difahami oleh pembaca apabila telah dicetak menjadi buku. Penyuntingan ada dua jenis, iaitu substantif ( sunting isi/fakta) dan kopi (sunting bahasa dan teknikal). | Makna | 25.09.2006 |
Apakah asas yang terbaik untuk menjadi seorang Penyunting? Di Brunei Darussalam, rasanya belum ada manual penyuntingan yang kukuh. Cuma yang ada hanyalah rujukan ke Kamus Dewan Edisi III & IV, Kamus Bahasa Nusantara, Gaya Dewan. Di DBP BD misalnya,ada tiga buah cawangan di bawah Unit Penyuntingan. 1. Buku Cerita Bergambar - untuk Kanak-kanak 2. Buku Ilmiah dan Umum 3. Buku Sastera Senior saya ada mengatakan untuk menjadi Penyunting kena kreatif dan MESTI berpandukan pada asas seperti di atas. Saya, berpandukan Gaya Dewan,Sintaksis, Morfologi dan Tatabahasa Dewan. Apakah ada kekurangan dari gaya penyuntingan saya. Mohon bantuan | Secara umum, perkara asas untuk menjadi seorang penyunting ialah penguasaan dan pengetahuan dalam bahasa, bidang dan peringkat bahan yang hendak disunting. Penyunting yang bagus dan kreatif terbina melalui pengalaman dan sifat semula jadi, yang antaranya termasuklah minat terhadap kerja penyuntingan, suka membaca, bersifat ingin tahu, analitis dan kritis, serta berdisiplin. Bahan rujukan ialah alat untuk membantu dalam penyuntingan untuk menghasilkan suntingan yang baik. Gaya penyuntingan pula bergantung pada gaya yang telah ditetapkan oleh penerbit; contohnya di DBP, gaya penyuntingan berpandukan buku 'Gaya Dewan'. | Lain-lain | 17.07.2007 |
skop tugas seorang editor. | Tugas Editor Secara Umumnya: 1. Membuat penilaian manuskrip 2. Mempewraku buku/manuskrip untuk diterbitkan 3. Membuat penyuntingan Substantif dan penyuntingan kopi 4. Membuat penyediaan bahan lengkap Naskhah Sedia Kamera (NSK/CRC) 5. Menyediakan perwajahan buku 6. Memantau bahan siap dicetak dan terbit serta jual. Selengkapnya perlu menhadiri kursus atau sangkutan mana-mana penerbit berwibawa | Lain-lain | 23.10.2009 |
APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?DAN HURAIKAN SECARA TERPERINCI. | Kepentingan penyuntingan manuskrip : ialah menyemak fakta, menyemak penggunaan bahasa dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dll., menyelaraskan persembahan teks seperti tajuk, subtajuk, jadual, rajah, nota kaki, bold, italic, dll., juga semakan dari segi penerbitan seperti rupa taip, saiz taip, jarak dan tinggi teks. | Makna | 25.09.2006 |
bolehkah pihak tuan menerangkan secara terperinci setiap kepentingan proses penyuntingan seperti yang telah diberikan.saya mengharap sangat bantuan tuan kerana ini adalah tugasan terakhir saya. | Penyuntingan di setiap peringkat bertujuan menyemak kesalahan fakta dan penggunaan bahasa, juga menyelaraskan persembahan. Jika tuan memerlukan maklumat lanjut, sila dapatkan buku bertajuk 'Copy Editing' oleh Judith Butcher (Edisi Kedua). | Makna | 25.09.2006 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berikut merupakan dua pertanyaan untuk tugasan latihan penyuntingan saya: 1. Bagaimana untuk menyemak ejaan sebenar istilah-istilah / perkataan yang biasa digunakan dalam media sosial contohnya 'pishang', 'meleis', 'astaga' dsb. 2. Adakah dalam penyuntingan, perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan semula ke dalam bahasa Melayu atau hanya terdapat sebilangan kecil sahaja mengikut kesesuaian penggunaannya dalam teks? Contohnya, "At least, kau dah usaha sehabis baik." Dalam dunia penerbitan, penting juga untuk kita mengambil kira perkataan atau ayat yang perlu dikekalkan keasliannya dan tak sepenuhnya ditukar ke dalam bahasa Melayu standard bukan? Mohon pencerahan. Terima kasih. Nur Amanina binti Suhaimi Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam | Puan, laman PRPM menyediakan data kebahasaan dan kesusasteraan daripada pelbagai sumber meliputi Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah dalam pelbagai bidang termasuklah istilah yang disepakati di peringkat MABBIM, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (suku kaum di Sabah dan Sarawak), peribahasa dan sebagainya. Kepelbagaian sumber data ini memberikan impak yang sangat besar kepada dunia pendidikan kerana sebahagian besar pelajar merujuk Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan kini mereka boleh menyemaknya secara dalam talian. Justeru, PRPM menjadi antara laman web kerajaan yang popular yang kerap dilayari oleh para pengguna. Kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan baik. Bahasa yang bercampur aduk ialah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan.
| Lain-lain | 03.10.2017 |