Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyuraian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan berdasarkan jawapan tuan, saya masih tidak jelas akan kedudukan perkataan ini dalam bahasa Melayu. Adakah "penyuraian" wujud dalam bahasa Melayu walaupun kata terbitan ini tidak disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut: bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.

Untuk makluman tuan/puan juga, walaupun kata "Penyuraian" tidak dinyatakan dalam Kamus Dewan (kata dasarnya "surai"), tapi kata tersebut boleh diterima pakai dalam konteks penggunaan bahasa Melayu.
Lain-lain22.08.2017
Salam sejahtera tuan. Baru-baru ini, IPG heboh dengan penggunaan perkataan "penyuraian" tetapi kata terbitan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Melayu? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai dalam konteks yang berikan? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera tuan/puan.  Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut:  bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.  Sekian. Terima kasih.Tokoh11.08.2017
Apakah terjemahan/istilah yang sesuai untuk "Traffic calming" dalam konsep hijau?Tidak ada traffic calming dalam data kami. Jika calming dalam konteks ini merujuk maksud settling, kami mencadangkan perkataan peredaan trafik digunakan dan jika merujuk maksud dispersal, kami mencadangkan perkataan penyuraian  trafik yang digunakan.Istilah07.09.2014
Saya ingin memohon pandangan pihak DBP berkaitan gantian perkataan terbaik untuk 'Pelucutan'. Untuk makluman tuan, wujud tradisi dalam perkhidmatan TLDM untuk upacara Pelucutan Tauliah atau 'decommissioning' bagi kapal-kapal TLDM yang telah lama berkhidmat. Pada hemat saya, perkataan 'pelucutan' lebih bersifat negatif. Saya terpanggil untuk mencari nama baharu bagi majlis pelucutan tauliah yang lebih bersifat positif. Contohnya, majlis penyuraian jasa bakti atau apa-apa perkataan lain yang mungkin boleh digunakan bagi majlis yang dimaksudkan.Istilah decommissioning diterjemahkan kepada penyahtauliahan. Walau bagaimanapun pelucutan juga boleh digunakan kerana pelucutan bermaksud perihal menarik balik atau memberhentikan sesuatu. Tanggapan maksud sama ada positif atau negatif bergantung pada konteks penggunaannya.Istilah22.06.2018

Kembali ke atas