Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.sun] | ڤڽوسون

Definisi : 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat utk menyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.sun] | ڤڽوسون

Definisi : orang yg menyusun: ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf percetakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terma bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan 'advance organizer' yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan. Ia membawa maksud bahan-bahan yang diperkenalkan kepada murid apabila mahu memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.Padanan yang sesuai untuk frasa ini ialah penyusun awal atau penyusun lanjutan. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Istilah29.06.2009
leksikografiLeksikografi bermaksud penyusunan kamus; hal-hal yg berkaitan dgn kamus: ahli ~ orang yg menyusun kamus; penyusun kamus.Makna27.08.2010
DEFINISI DAN PENGENALAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DAN POLA KESELARASAN VOKAL

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Tatabahasa01.03.2009
Mengapakah tatabahasa dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama?Tidak ada maklumat yang mengaitkan kenapa kata adverba tidak dimasukkan dalam golongan kata utama oleh penyusun Tatabahasa Dewan. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.Tatabahasa19.10.2012
mengapakah perkataan ternak tidak menjadi menernak sepertimana dalam contoh-contoh ini..tembak-menembak,timbus-menimbus,tukul-menukul..sebaliknya ternak jadi "menternak"Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Perkataan ternak - menternak - penternakan ialah sebahagian daripada kelompok kekecualian dalam bahas Melayu.Tatabahasa23.04.2012
Mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dalam Nahu Melayu Mutakhir pula menyenaraikan 6 alomorf termasuk menge- dan meny-.Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk kepada penyusun Tatabahasa Dewan terlebih dahulu. Apabila merujuk buku Tatabahasa Dewan alomorf meny- wujud di bawah alomorf me-, iaitu bagi kata dasar yang bermula dengan huruf s. Manakala alomorf menge- wujud di bawah alomorf meng-, iaitu bagi perkataan yang mempunyai eka suku kata. Berkemungkinana dalam hal ini penyusun buku Tatabahasa Dewan tidak sependapat dengan penulis buku Nahu Mutakhir.Tatabahasa14.10.2012
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih.

Saudara Ronil,

bibliografi ditulis mengikut kaedah ini:

  i.  Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma.

 ii.  Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah.

iii.   Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

 iv.  Jilid, diikuti dengan tanda noktah.

 v.   Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah.

 vi.  Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih.

 vii.  Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

viii.  Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah.

 ix.  Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah.

  x.  Kata singkatan "dlm." dan "hlm." .

 xi.  Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

xii.  Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.  Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. 

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. 

 

Lain-lain04.03.2010
Sebagai maklum balas, dalam Buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga ms 301 menyatakan air sebagai diftong, ini menjadi ramai guru keliru mengapa air boleh dinyatakan sebagai diftong oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sila memperbetul kesilapan ini pada masa akan datang.Untuk makluman saudara, kesilapan telah dimaklumi oleh penyusun buku Tatabahasa Dewan dan akan diperbetulkan dalam edisi selepas ini dan penerbitan lain buku tatabahasa oleh DBP.Tatabahasa23.01.2013
kenapa kata hubung dalam tajuk tidak ditulis dengan huruf besar.Begitu juga dengan bin dan binti pada nama seseorang juga ditulis dengan huruf kecilDalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. Oleh itu, penulisan pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.Ejaan07.05.2012
KENAPA BERLAKU KEKECUALIAN HUKUM D-M? APAKAH FAKTOR KEKECUALIAN HUKUM D-M BERLAKU? KESILAPAN UMUM DALAM KEKECUALIAN HUKUM D-M?Kekecualian peraturan Hukum D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama pada nama-nama jawatan. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.01.2013
123

Kembali ke atas