leksikografi | Leksikografi bermaksud penyusunan kamus; hal-hal yg berkaitan dgn kamus: ahli ~ orang yg menyusun kamus; penyusun kamus. | Makna | 27.08.2010 |
Dilampir lakaran papan iklan untuk khidmat nasihat dari segi penyusunan, bahasa dan ejaan yang digunakan. | Sila layari laman web DBP dan klik pada e-perkhidmatan, kemudian Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk menghantar iklan. | Lain-lain | 03.01.2012 |
Tuan, adakah ayat di bawah terdapat kesalahan struktur ayat atau penyusunan ayat yang tidak betul? 1. Suasana sungguh meriah sekali di Hari Kantin Sekolah. 2. Boleh perkataan satu burger digunakan dalam pembinaan ayat? 3. Bolehkah perkataan seperti pau digunakan dalam satu ayat? | Tidak ada kesalahan dalam ayat pertama. Perkataan satu burger boleh digunakan apabila merujuk bilangan makanan tersebut dan perkataan pau juga boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang komen tuan berkenaan 6 ayat dibawah,adakah betul penyusunan,penggunaan "dan" dan "dalam",serta penggunaan koma.jika salah,saya mohon pencerahan dan ayat yang betul. 1-ke arah menjadi sebuah syarikat yang kompeten,berintegriti,dan antara yang terbaik menjelang 2030. 2-memastikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan berkualiti dan bermutu. 3-konsisten dalam melaksanakan kajian dalam usaha penambahbaikan dan meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan. 4-memberi komitmen yang terbaik kepada para pelanggan,pelabur dan rakan kongsi. 5-memanfaatkan penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan produk dan perkhidmatan. 6-memasarkan dan memperkenalkan produk secara aktif dan konsisten | Waalaikumussalam, Penggunaan "dan", "dalam" dan tanda koma dalam 6 ayat yang diberi adalah betul. Cuma berikan jarak selepas tanda koma. | Lain-lain | 14.10.2016 |
Assalamualaikum... Bolehkah "akan tetapi" digunakan pada awal ayat? Contohnya seperti "Akan tetapi, proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat". Terima Kasih. | Akan tetapi sebagai kata hubung boleh wujud di permulaan ayat dan lazimnya akan berfungsi sebagai kata sendi, tetapi boleh juga menjadi kata bantu (lihat pada keseluruhan ayat). | Tatabahasa | 03.09.2015 |
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa Melayu | Usaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan. Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan. | Lain-lain | 21.04.2008 |
asalamualaikum... apakah proses pembentukan kata? | Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan kata perkataan melibatkan pengimbuhan. Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 45-47 dan 303-319. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
Apa ialah tatabahasa ? defination | Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain. | Makna | 26.10.2009 |
Apakah perbezaan antara "disusun oleh", "pengarang" dan "penerbit" bagi sesuatu terbitan. | "Disusun oleh" merujuk kepada individu yang terlibat dalam penyusunan bahan penulisan atau makalah dalam penerbitan sesebuah buku. Penyusun ini boleh lebih daripada seorang. Kebiasaannya kertas-kertas kerja seminar yang dibukukan melibatkan penyusun buku. "Pengarang" merujuk kepada penulis sesebuah buku. "Penerbit" merujuk kepada pihak yang menerbitkan buku bermula daripada proses pemilihan manuskrip, penyuntingan, reka letak dan reka bentuk, percetakan dan pemasaran. | Istilah | 19.03.2014 |
apakah maksud Page Setup di dalam bahasa melayu bagi penggunaannya dalam bidang komputer. | Kami cadangkan sediaan halaman atau penyusunan halaman. Harap mkalum. | Istilah | 31.12.2007 |