Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.su.pan] | ڤڽوسوڤن

Definisi : perbuatan menyusup atau me­nyusupkan, penyeludupan: percubaan mereka dgn melakukan ~ dan serangan-serangan dlm gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak memberi bekas sama sekali; ~ kebu­dayaan Barat dlm Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.su.pan] | ڤڽوسوڤن

Definisi : perbuatan (hal dsb) me­nyusup atau menyusupkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susup
Kata Terbitan : menyusup, menyusupkan, kesusupan, penyusupan, penyusup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentunganPembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah.Makna29.10.2009
Salam PRPM. Apa terjemahan untuk "extraction" dalam konteks ketenteraan? (proses menyelamat anggota)Cadangan padanan bagi istilah extraction dalam bahasa Melayu ialah penyusupan keluar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah14.04.2025
Apakah maksud perkataan diinvaginasikan. terima kasihPerkataan "invaginasi" mempunyai dua maksud mengikut bidang seperti berikut:

(1) Lipatan ke dalam satu bahagian dengan satu bahagian lain suatu stuktur. (UBAT, GIGI)

(2) Penyusupan satu bahagian usus ke dalam satu sama lain, menyebabkan berlaku penyekatan pada usus. (UBAT)

 

Makna16.12.2009
Salam sejahtera, terima kasih atas penjelasan tuan/puan. Sehubungan dengan 'ibu bapa', tuan/puan menyatakan bahawa 'ibu bapa' merupakan frasa nama. Berdasarkan Bab 6 (6.3.3.2), muka surat 135 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 'ibu bapa' merupakan kata nama majmuk. Sekian, terima kasih.Ibu bapa ialah frasa nama yang boleh dibuktikan dengan penyusupan kata hubung seperti dan. Kekeliruan dalam buku Tatabahasa Dewan tersebut akan diperbaiki dalam terbitan yang akan datang.Tatabahasa20.11.2018
Adakah ibu bapa bukan kata majmuk? Dalam konsep kata majmuk, satu daripada syaratnya adalah tidak boleh disisipkan dengan beberapa perkataan di antara unsur-unsur yang membinanya. Dalam isu ini, ibu bapa boleh disisipkan dengan "dan" di antara kedua-dua unsur yang membinanya lalu menjadikannya " ibu dan bapa" yang masih membawa maksud ibu serta bapa. Adakah ini benar?Ibu bapa ialah frasa nama yang boleh dibuktikan dengan penyusupan kata hubung seperti dan. Kekeliruan dalam buku Tatabahasa Dewan tersebut akan diperbaiki dalam terbitan yang akan datang.Tatabahasa04.05.2020

Kembali ke atas