| Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "people-to-people contact" dalam konteks diplomasi? Contoh ayat: The Embassy promotes diplomatic and friendly people-to-people relations between Malaysia and Singapore. | Cadangan padanan yang sesuai ialah "mesra". Contoh ayat: Kedutaan menggalakkan hubungan diplomatik dan mesra antara Malaysia dan Singapura. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.05.2021 |
| Apakah istilah bahasa Malaysia yang sesuai bagi perkataan berikut : 1. Chief People Officer 2. People Operations Department Perkataan "People" di sini merujuk kepada pekerja atau sumber manusia bagi sebuah organisasi. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Merujuk soalan 1, istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Chief People Officer ialah Ketua Pegawai Sumber Manusia. Merujuk soalan 2, berdasarkan frasa 'People Operations Department', padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah Bahagian Sumber Manusia dan perkataan 'People' tersebut merujuk sumber manusia bagi sebuah organisasi. | Istilah | 18.02.2018 |
| “Catch people doing something right.” Cadangan terjemahan: “Tangkap seseorang sewaktu ia melakukan perkara yang betul.” Apakah perkataan yang sesuai untuk perkataan “catch” di dalam ayat tersebut di atas. | Cadangan terjemahan bagi perkataan catch dalam contoh ayat yang diberikan ialah “mendapati”. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.02.2022 |
| pakah ayat yang bersesuaian bagi menggantikan ayat dalam bahasa inggeris seperti berikut ? 1. PEOPLE BUSINESS PARTNER & ORGANISATION DEVELOPMENT 2. PEOPLE PARTNER Kedua dua ayat ini digunakan dalam panggilan jabatan dan ianya memerlukan dialihbahasa ke Bahasa Malaysia. Terima kasih. | Jika ingin mendapatkan terjemahan yang lebih tepat, mohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat. Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan: 1. PEOPLE BUSINESS PARTNER & ORGANISATION DEVELOPMENT - PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN 2. PEOPLE PARTNER - RAKAN KONGSI ANDA | Makna | 14.09.2022 |
| Padanan bahasa melayu untuk 'third wheel/ third wheeler'. | Tiada maklumat terjemahan third wheel secara rasmi. Berdasarkan konsep A person who hangs out with two other people. The two other people are closer to each other than the "Third Wheel", third wheel boleh diterjemahkan sebagai orang ketiga atau orang asing. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2018 |
| "People should practice self-care" dalam BM apa? | Cadangan terjemahan untuk "People should practice self-care" ialah Masyarakat hendaklah mengamalkan penjagaan diri atau Masyarakat hendaklah mengamalkan perlindungan kendiri. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian dan penggunaan mengikut konteks ayat.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2022 |
| Terjemahan bagi People-Centered Asean? Adakah betul Asean Berpaksikan Rakyat? | Cadangan kami People-Centered Asean diterjemahkan kepada Asean Berpusatkan Rakyat. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2014 |
| Apakah ayat yang bersesuaian bagi menggantikan ayat dalam bahasa inggeris seperti berikut ? 1. PEOPLE BUSINESS PARTNER & ORGANISATION DEVELOPMENT 2. People Partner Kerjasama dari tuan/puan adalah amat dihargai. | Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan frasa tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa. | Makna | 09.09.2022 |
| Mohon bantu terjemahkan perkataan berikut: People & Capital Resources Department - Pandangan saya Modal Insan & Pengurusan Aset (Skop kerja Sumber Manusia, Pengurusan Aset Kenderaan dan Fasiliti) Talent Acquisition & Rewards - | Cadangan terjemahan bagi People & Capital Resources Department ialah Jabatan/Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Aset Cadangan terjemahan: Talent Acquisition & Reward - Pemerolehan Bakat dan Ganjaran | Penyemakan dan penterjemahan | 20.12.2018 |
| Apakah makna terjemahan untuk Head-People & Culture | Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi Head-People & Culture ialah “Ketua Masyarakat dan Budaya”. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.08.2023 |