| Selamat sejahtera bos Apakah Perbezaan antara para, pepara dan para-para Terima Kasih | 1. “Para” bermaksud: i. Rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain. ii. Kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai. iii. Bahan kenyal dan kalis air daripada susu getah atau bahan sintetik, biasanya digunakan untuk membuat tayar, sarung tangan, bola dan lain-lain. iv. “Paragraf”. 2. “Pepara” bermaksud sejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora corymbosa. 3. “Para-para” bermaksud “para”, iaitu rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1617 dan 1670. | Lain-lain | 18.05.2024 |
| 1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupai | Jawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para. | Tatabahasa | 03.11.2014 |