contoh pepatah | Pepatah bermaksud peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran orang tua-tua dll.. Cth. biar lambat asal selamat. | Makna | 05.04.2008 |
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman". | c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". | Ejaan | 13.12.2011 |
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih. | Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah. Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan. Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. (Maksud lapis pertama jelas. Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan. Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat. Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Sastera | 16.02.2011 |
pepatah melayu | Soalan tidak lengkap. | Lain-lain | 22.07.2010 |
pepatah melayu yang berkaitan dengan sukarelawan. | Soalan tidak jelas. | Lain-lain | 22.07.2010 |
Yang mana paling tepat: a) "Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" b) "Bak kata pepatah Melayu, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" c) "Bak kata pepatah Melayu, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: (d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Tatabahasa | 08.09.2011 |
apakah cara yang paling mudah utk membezakan pepatah, bidalan dan perbilangan? berikan contoh yg sesuai. tq | Cara yang paling mudah untuk mencari beza setiap kata ialah mengetahu makna kata tersebut. Pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. | Tatabahasa | 20.10.2010 |
Mohon nyatakan sama ada berikut ialah pepatah ataupun bukan. "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit". Terima kasih. | Saudari, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. Contoh pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat, cubit paha kiri, paha kanan sakit begitu juga dengan ditelan mati emak, diluah mati bapak dan Kalah jadi abu, menang jadi arang. Oleh itu, "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit" lebih kepada frasa dan bukan tergolong dalam kategori pepatah. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
apakah perbezaan antara bidalan dengan pepatah? | Bidalan bermaksud kata-kata yang sering kali disebut yang mengandungi nasihat peringatan dan sebagainya. Pepatah ialah peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain atau kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya. | Makna | 11.07.2011 |
Tuan, Mohon kepastian daripada tuan. Pepatah sebenar : Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. Pegar: sejenis burung/ayam yang makan serangga dan bijirin. Kesilapan pegar menjadi pagar kerana pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Pepatah kedua : Bagai melepas BATOK ditangga. Batok: tempurung yang digunakan menceduk air.Mencuci kaki di tangga. Kesilapan batok menjadi batuk, kerana proses pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Harap tuan dapat mengesahkan maklumat ini. Terima kasih. | Pendapat (kedua-dua peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali peribahasa (asal) yang kita ketahui. | Tatabahasa | 30.12.2011 |