Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda yg mempunyai bentuk yg tidak berubah-ubah, benda padat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda yg mempunyai bentuk yg tidak berubah-ubah; benda yg pejal atau keras (spt batu, kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pepejal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos.Tatabahasa21.10.2013
Salam, Mohon bantuan untuk terjemahkan "Recycling & Waste Solutions Department" - pendapat saya: Jabatan Kitar Semula dan Solusi Sisa PepejalJabatan Kitar Semula dan Penyelesaian Bahan Sisa PepejalMakna13.12.2018
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah.Makna22.09.2007
Salam, Mohon bantu untuk alih bahasa inggeris bagi jabatan di bawah. Adakah tepat seperti di dalam () Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi) Recycling & Waste Treatment Technology - (Jabatan Kitar Semula dan Teknologi Rawatan Sisa) Sales & Business Development - (Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Jualan) Insfrastructure Cleansing Services - (Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur)Terjemahan yang sesuai bagi:
1.  Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu)
2. Recycling & Waste Treatment Technology - (Teknologi Rawatan Sisa Pepejal dan Kitar Semula)
3. Sales & Business Development - (Pembangunan Perniagaan dan Jualan)
4. Insfrastructure Cleansing Services - (Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur)
Makna27.04.2018
Salam, Saya ingin mendapatkan maklumbalas bekenaan terjemahan jabatan berikut: Infrastructure Cleansing and Waste Solutions. Adakah tepat jika diterjemahkan kepada Jabatan Pembersihan Infrastruktur dan Penyelesaian Sisa Pepejal.Infrastructure Cleansing and Waste Solutions sesuai diterjemahkan kepada Jabatan Pembersihan Infrastruktur dan Pengurusan Sisa Pepejal.Makna05.08.2019
Salam sejahtera, Mohon pihak DBP untuk menyemak terjemahan bagi yang berikut: 1. Defrag - nyahserpih 2. Defragment - Menyahserpih 3. Defragmented - Dinyahserpih 4. Solid State Device - Peranti Kelajuan Pepejal Terjemahan untuk digunakan pada perisian(teknologi maklumat). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Salam Sejahtera tuan/puan. Terjemahan untuk nombor 1,2, dan 3 boleh diterima. Cadangan terjemahan untuk nombor 4 ialah Peranti Keadaan Pepejal. Sekian. Terima kasih.Istilah30.01.2018
Apakah maksud PPSPPA?Merujuk kepada carian kami di internet maksud PPSPPA ialah PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM.  Jika ia sesuai dengan perkara yang tuan cari, mungkin ini jawapan yang betul.
Sekiranya tuan mempunyai kemusykilan sebegini pada masa akan datang,  tuan boleh mencari jawapannya melalui internet sahaja kerana Khidmat Nasihat Bahasa lebih menjurus kepada permasalahan bahasa. Terima kasih.
Lain-lain08.04.2015
Salam sejahtera tuan/puan, Saya merupakan penjawat awam yang berkhidmat di Pejabat Pengurusan Pelaksanaan (DMO), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Saya bertanggungjawab untuk mengadakan Bengkel Pengenalan kepada Circular Economy. Sehubungan itu, saya ingin bertanya, apakah terma bagi terjemahan ayat Circular Economy ke dalam Bahasa Malaysia, saya telah berusaha mendapatkan maklumbalas daripada profesor universiti tempatan dan mereka mencadangkan terjemahan Circular Economy adalah Ekonomi Pekeliling, maka, adakah ayat terjemahan ini boleh digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "circular economy".  Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ekonomi pusingan.Istilah20.07.2016
Salam sejahtera, Pohon semakan kesesuaian ayat bagi perkataan berikut: MENTRANSFORMASIKAN MINDA MASYARAKAT KE ARAH KEBERTANGGUNGJAWABAN TERHADAP KEPENTINGAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL. Mohon semakan bagi kesesuaian penggunaan ayat MENTRANFORMASIKAN. Adakah perkara tersebut sesuai dan boleh digunakan. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun ArashipPerkataan "mentransformasikan"  boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa21.10.2013
Merujuk kepada lampiran yang disertakan, yang diambil dari buku aktiviti Sains Tahun 3, mohon jelaskan dengan lebih terperinci maksud soalan pada gambar yang dibulatkan. 1) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu cecair di dalam kotak? atau 2) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu kotak minuman?Soalan tersebut memerlukan anda menyata kaedah yang sesuai untuk mengukur sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas.Lain-lain06.05.2020
12

Kembali ke atas