Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perang, perjuangan, pertem­puran; medan ~ medan (tempat) berperang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penjodoh bilangan perlu wujud untuk "peperangan" dalam ayat di bawah? "Salah satu peperangan menyebabkan maharaja kehilangan takhta. Kemudian, satu peperangan lagi menyebabkan maharaja kehilangan nyawa."Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah, sebuah peperangan.Tatabahasa14.08.2012
Apakah yang di maksudkan dengan peperangan dalam konteks bahasa melayu dan islam?Merujuk Kamus Dewan peperangan ialah perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara dua belah pihak (dua buah negeri dll). Untuk maksud yang lebih terperinci terutamanya peperangan menurut perspektif Islam sila rujuk buku-buku yang berkaitan dgn peperangan.Makna06.08.2007
Mohon cadangkan ke dalam Bahasa Malaysia "Intelligence Based Warfare" di mana "Intelligence" yang di maksudkan bukan bererti perisikan tetapi dari konsep "cognitive" atau kepintaran selain dari 'Peperangan Berasaskan Kepintaran'.

Encik Mohd Shahril,

Cadangan saya kita boleh juga gunakan peperangan kepintaran namun untuk lebih tepat sila rujuk buku  istilah angkatan tentera yang diusahakan bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Istilah Angkatan Tentera.

Istilah18.05.2010
Apa bezanya "menjarah" dengan "merampas'? Adakah "menjarah" khususnya merujuk kepada merampas harta orang dalam peperangan?

Menjarah sama maksudnya dengan merampas dan tidak dikhususkan kepada rampasan perang, melainkan sebagai contoh perbuatan merampas tersebut.

Makna28.10.2011
isltilah apa yang paling tepat untuk "manoeuvre warfare"Tidak ada istilah manoeuvre warfare dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk manoeuvre ialah mengendalikan, gerak atau olah gerak. Padanan bahasa Melayu untuk warfare ialah perang atau peperangan. Cadangan DBP ialah mengendalikan peperangan.Istilah19.03.2011
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita.1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan.

2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita.
Tatabahasa06.03.2012
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih.

Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb).

Tatabahasa06.04.2011
nak minta tlg. bolehkah saya mengetahui maksud "ledakan budaya"?Tidak ada makna frasa "ledakan budaya" dalam pangkalan data kami. Ledakan bermaksud letupan atau letusan dan juga boleh dikiaskan kepada sesuatu yang terbit atau timbul dariapa pertengkaran, peperangan dan sebagainya. Manakala budaya boleh dikaitkan dengan tamadun, peradaban dan kemajuan akal fikiran.Makna05.03.2013
Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam.1.  "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam.

2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?"

3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin.

4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam.
Tatabahasa23.04.2013
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
12

Kembali ke atas