Cikgu, dalam ayat di sebelah, kata sendi nama manakah tersesuai digunakan? 1. Orang itu tidak mudah berpuas hati kepada / terhadap / akan / tentang keputusan peperiksaannya. | Ayat yang sesuai ialah "Orang itu tidak mudah berpuas hati terhadap keputusan peperiksaannya." | Tatabahasa | 22.02.2015 |
Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka ,Roslan gagal masuk mana-mana universiti sebab keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang Beberapa orang penduduk kampung itu sedang berusaha tanah yang dibiarkan sebagai sahutan saranan kerajaan menghijaukan bumi. Dalam setiap ayat di bawah,terdapat beberapa kesalahan.“Mana-mana”sepatutnya jawaban yang betul ialah “mana” ya?Minta Puan/Tuan (Beliau )boleh membantu saya.Terima kasih | Ayat yang betul: 1. Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka, iaitu Roslan gagal memasuki mana-mana universiti disebabkan keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang. 2. Beberapa orang penduduk kampung itu sedang mengusahakan tanah yang terbiar sebagai langkah menyahut saranan kerajaan supaya menghijaukan bumi. Untuk makluman, penggunaan perkataan “mana” tidak betul dalam contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkataan “mana-mana” juga boleh ditiadakan atau digugurkan kerana teks “gagal memasuki universiti” sudah menunjukkan yang Roslan tidak dapat memasuki unversiti kerana keputusannya yang tidak cemerlang. | Tatabahasa | 15.01.2021 |
1.Apakah perbezaan antara perkataan betul dan benar 2. Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat ? | Kata benar dan betul boleh berfungsi sebagai kata pembenar atau kata penguat bergantung pada kesesuaian ayat. Jika ayat 'Benar, kamilah penjaga kanak-kanak ini' (kata pembenar) dan 'Keputusan peperiksaannya buruk betul' (kata penguat). Untuk makluman saudara kata benar dan betul adalah kata penguat belakang, manakala sungguh adalah kata penguat hadapan dan kedua-dua kata penguat (hadapan dan belakang) tidak boleh hadir dalam satu ayat. | Tatabahasa | 06.02.2013 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Golongan berpendapatan rendah selalunya (berdaya) hidup dalam kesengsaraan. (b) Beribu-ribu rakyat Malaysia (terdedah) menyaksikan perbarisan pada Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. (c) Bulan (mengambang) pada hari ke-15 mengikut calendar Cina setiap bulan. (d) Setiap hari, ibu menggunakan (bulan) untuk menanak nasi. (e) Markah peperiksaannya telah (timbul) kerana dia rajin belajar. (f) Sampah-sarap (ditimbul) sebelum dibuang. (g) Sudahlah saya (terbilang) apa yang akan dilakukan oleh Kok Leong. (h) Hidup Man Chong sekeluarga (longgar) sejak kakaknya berkahwin dengan seorang jutawan. (i) Pembalakan yang (longgar) itu telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |
Cara menggunakan kata penguat. | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih. | Tatabahasa | 29.08.2006 |
Salam sejahtera, Terima kasih ! Saya menerima respon daripada pihak DBP tadi mengenai soalan " sungguh hebat benar " dan " sungguh hebat betul " tetapi saya masih tidak memahami dgn jelas. Saya difahamkan " benar dan betul " bukan kata penguat tetapi kata pembenar. Jadi adakah " sungguh hebat benar " dan " sungguh hebat betul " itu salah ? Contoh ayat : Ahli gusti itu sungguh kuat betul . Adakah ayat ini gramatis ? Menurut sebuah buku, dikatakan kata " sungguh " dan " betul " tidak boleh hadir serentak dalam satu ayat yang sama. Sekiranya benar, mengapa dua kata tersebut tidak boleh hadir bersama dalam satu ayat ? Terima kasih & maaf mengganggu. | Kata benar dan betul boleh berfungsi sebagai kata pembenar atau kata penguat bergantung pada kesesuaian ayat. Jika ayat 'Benar, kamilah penjaga kanak-kanak ini' (kata pembenar) dan 'Keputusan peperiksaannya buruk betul' (kata penguat). Frasa 'sungguh hebat benar' dan 'sungguh hebat betul' adalah tidak gramatis. Frasa yang gramatis ialah 'sungguh hebat', hebat benar' dan 'hebat betul'. Untuk makluman saudara kata benar dan betul adalah kata penguat belakang, manakala sungguh adalah kata penguat hadapan dan kedua-dua kata penguat (hadapan dan belakang) tidak boleh hadir dalam satu ayat. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang aspek kata penguat di bawah ; - benar sekali - terlalu amat - sungguh nian - terlalu paling Adakah keempat-empat kata penguat ini dapat digunakan sebelum kata adjektif? Terima kasihl. | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih. Kata penguat "paling" dan "ter-" tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali". Sila rujuk maklumat yang diberikan untuk penggunaan kata penguat dan maklumat perinci boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 22.07.2010 |
adakah sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat sangat, amat dan sungguh. contoh masakan emak amat enak sekali. masakan emak sangat enak sekali adakah katapenguat bebas boleh digunakan di hadapan atau belakang kata adjektif contoh Budak itu amat sombong budak itu sombong amat adakah ia boleh digunakan untuk manusia sahaja. bolehkah ia digunakan untuk benda dan binatang harap tuan/puan menjawap secepat mungkin. hubungi 0123857124 | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut. Kata penguat boleh digunakan pada manusia, haiwan, benda dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'Seven | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. | Tatabahasa | 28.03.2013 |