Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pi.jat] | ڤڤيجت

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ro­saceae, kelanus (Sabah), Prunus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pi.jat] | ڤڤيجت

Definisi : (Komp) 1. kesilapan yg terdapat dlm perisian, sistem atau perkakasan kom­puter; 2. peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk menangkap perbualan orang secara rahsia, spt dlm pengintipan; ~ alaf gangguan terhadap perisian atau sistem komputer yg dijangka berlaku akibat per­ubahan tarikh apabila bermulanya abad ke-­21 sehingga boleh menimbulkan berbagai-­bagai masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pi.jat] | ڤڤيجت

Definisi : nama sj kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.pi.jat] | ڤڤيجت

Definisi : pijat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.pi.jat] | ڤڤيجت

Definisi : ist 1 kesilapan yg terdapat dlm perisian, dlm sistem atau dlm perkakasan komputer. 2 peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk merakamkan perbualan orang secara rahsia, mis dlm pengintipan. ~ alaf gangguan atau masalah terhadap perisian atau sistem komputer yg berlaku akibat perubahan pd tarikh apabila bermulanya abad ke-21 (1 Januari 2000) dan selepasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pepijat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013
Assalamualaikum. Apakah yang dimaksudkan dengan "pirah"? Dalam loghat Kelantan, kalau tak silap saya, pirah (di sebut pi-ghah) ialah sejenis pepijat. Terima kasih.Waalaikumsalam,
Istilah "pirah" tidak terdapat maknanya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Namun, istilah "piras" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah Kl; ~ hangit tidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudak-budakan, tolol.
Makna12.03.2013

Kembali ke atas