Mengapakah perkataan memperolehi ditukar kepada memperoleh tetapi mempunyai tidak ditukar kepada mempunya? | Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi. Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
1.bagaimanakah cara mengeja perkataan yang mempunyai awalan peR-...peN-? contohnya : Pelaksanaan or perlaksanaan / perlancongan or perlancongan /perlumbaan or pelumbaan? 2.ejaan pelibatan / penglibatan? | 1. Kedua-dua perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan adalah betul. Menurut Kamus Dewan, pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). 2. Ejaan yang betul ialah pelancongan dan perlumbaan. 3. Kedua-dua perkataan pelibatan dan penglibatan mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 108 - 133) untuk mengetahui lebih lanjut tentang awalan peR- dan peN-. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih. | 1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. 2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi. Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.
| Tatabahasa | 07.01.2014 |