Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pertandingan: ia telah berjaya menĀ­jadi johan syarahan dlm ~ yg dianjurkan oleh syarikat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tempat tidur: bilik ~ bilik tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : perbuatan atau hal beradu; pertandingan: Haji Ismail Hashim telah berkali-kali menjadi johan dlm ~ membaca Quran pd peringkat kebangsaan dan antarabangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peraduan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah dewan bahasa telah menghentikan peraduan-peraduan mengarang yang boleh disertai orang awam? Jika belum bagaimana saya boleh mendapatkan senarai peraduan dan syarat yang dikenakan?

DBP masih menganjurkan pertandingan/peraduan sebagai sebahagian daripada usaha DBP memupuk bakat penulis muda. Setiap pertandingan akan kami uar-uarkan dalam laman web kami.

 

Lain-lain31.01.2011
Saya mempunyai sebuah cerpen ciptaan sendiri tetapi saya tidak dapat menhantarnya kerana tidak dapat tahu tentang peraduan-peraduan DBP. Bagaimana untuk saya ingn tahunya?Buat masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menganjurkan sebarang peraduan menulis cerpen.  Saudara boleh melayari laman DBP di dbp.gov.my untuk mengetahui tentang sebarang peraduan yang dianjurkan DBP.  Saudara juga boleh menghantar karya saudara ke majalah terbitan DBP dengan menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain28.04.2010
Yang manakah yang betul? a. i. peraduan penulisan esei ii. peraduan menulis esei b. i. cara-cara untuk menyediakan... ii. cara-cara menyediakan... c. i. berhasrat untuk melanjutkan pelajaran... ii. berhasrat melanjutkan pelajaran... Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah Peraduan Mengarang esei. Cara-cara untuk menyediakan/ cara-cara menyediakan pun diterima. Berhasrat melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pun betul. Terima kasih.  Makna18.04.2008
1. Apakah jenis ayat berikut ? (ayat penyata ? ) Baiklah, ibu. 2. Jawapan (a) atau (b) yang betul apabila menggabungkan kedua-dua ayat berikut ? Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak. b) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. TQ.Baiklah, ibu. (Ayat Penyata) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata

Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis.
a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak.
Tatabahasa09.10.2012
salam....saya ingin bertanya, tahun lepas saya ada menyertai satu peraduan penulisan ilmiah, saya ingin tahu,adakah peraduan telah diumumkan pemenangnya?bilakah pengumuman pemenang itu dibuat?harap kerjasama dari pihak tuan....terima kasih.Adakah yang saudara maksudkan peraduan penulisan ilmiah itu  ialah Peraduan Mengarang Esei 2009? Jika ya, keputusan Peraduan Mengarang Esei 2009 akan disiarkan dalam laman web DBP tidak lama lagi.Lain-lain12.03.2010
bagaimana hendak mengetahui DBP ada menganjurkan apa-apa peraduan??Terima kasih atas minat saudara untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Untuk mengetahui sama ada DBP ada menganjurkan peraduan, saudara disarankan supaya melayari laman DBP untuk memuat turun borang peraduan.  Iklan juga dikeluarkan dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain02.03.2010
Sudahkah DBP menerbitkan antologi cerpen yang dihasilkan melalui peraduan menulis cerpen sempena Hari Guru pada tahun 2007 hingga 2009? Saya adalah salah seorang penulis cerpen itu dan berharap dapat memperolehi sebuah buku antologi cerpen itu. Bolehkah saya ingin menyertai hanya peraduan menulis novel saja tapi tidak peraduan menulis skrip drama yang dianjurkan oleh DBP itu?

Saya mohon maaf sekiranya terpaksa bertanya kepada saudara penganjur sebenar peraduan menulis cerpen sempena Hari Guru 2007 - 2009, kerana Dewan Bahasa dan Pustaka rasanya tidak ada menganjurkan peraduan tersebut.  Boleh saudara memberikan nama bahagian yang menganjurkan peraduan tersebut dan nama pegawai yang perlu dihubungi.  Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan menyatakan mereka tidak pernah menganjurkan peraduan tersebut. 

 Ya, saudara boleh menghantar novel sahaja dan tidak perlu menghantar skrip drama untuk peraduan menulis novel dan skrip drama anjuran Pusat Penyelidikan Pengembangan dan Penyelidikan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Lain-lain12.07.2010
saya sangat berminat untuk menyertai pertandingan menulis cerita bergambar kanak-kanak. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang? terima kasih.Salam Sejahtera sdri,
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana berminat untuk menyertai peraduan ini. Borang peraduan boleh didapati melalui facebook.com/DBPMalaysia. Brosur peraduan juga akan disiarkan melalui semua majalah DBP keluaran bulan Disember 2012. Sekian, Selamat Mencuba.

Rosnah Awang
Ketua Editor
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja
Lain-lain25.11.2012
Adakah penggunaan mewarna boleh digunakan sebagai tajuk. Contoh 1. mari sertai peraduan mewarna gambar Contoh 2. Mari mewarna hurufPeraduan Mewarna sebagai kata nama boleh digunakan, tetapi jika selepas kata warna yang fungsinya kata kerja, warna kena diimbuhkan dengan apitan me-...-kan (mewarnakan) atau me-...-i (mewarnai) dan mesti ada objek penyambut, contohnya: i. Mari sertai peraduan mewarnai/mewarnakan gambar; ii. Mari mewarnai/mewarnakan huruf. Harap maklum.Tatabahasa15.09.2006
Bilakah keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan?

Keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 mungkin akan dikeluarkan pada bulan Mei 2010, buat masa ini pihak panel hakim masih dalam proses penilaian/penghakiman.  Mudah-mudahan karya saudara dipilih sebagai salah satu karya yang memenangi hadiah.

Lain-lain12.03.2010
1234567

Kembali ke atas