dicadangkan DBP memantau, kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu di papan tanda | Saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Dasar Bahasa sentiasa mengawasi penggunaan bahasa yang digunakan di sektor awam dan swasta. Antara tugas yang dilaksanakan ialah pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. | Lain-lain | 13.04.2010 |
saya inginkan isu-isu bahasa yang dibincangkan oleh DBP | Antara isu-isu bahasa yang menjadi fokus utama DBP pada masa ini ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kurang berkesan, megah bahasa, penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi kerajaan (lisan dan tulisan), bahasa SMS, bahasa rojak, kesalahan bahasa dalam iklan paparan, peragaan, dan media cetak serta elektronik. Sila rujuk laman web DBP untuk mendapat maklumat lanjut. | Lain-lain | 12.06.2008 |