Sila nyatakan kesalahan yang terdapat dalam ayat ini: Perahu-perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh. | Perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
maksud hiruk-pikuk? | Saudara Muhammad Farhan, Perkataan hiruk-pikuk bermaksud keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk. Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 10.01.2010 |
Jika 'terhuyung hayang' digunakan untuk perahu yongyat adakah betul? Kenapa dalam Kamus Dewan Bahasa "yongyat" membawa maksud terhuyung hayang ( perahu) dijelaskan? Adakah itu mempunyai penerangan yang lain? | Yongyat dalam dialek Kedah dan Penang bermaksud terhuyung-hayang (untuk perahu dan lain-lain). Oleh itu, terhuyung-hayang atau yongyat boleh digunakan untuk merujuk keadaan perahu yang bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan. | Istilah | 04.05.2009 |
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya. Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah. Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga. | Makna | 10.03.2014 |
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah perkataan dari atas perahu boleh digunakan bersama? dari atas? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut data kami, ayat yang gramatis ialah Pak Ya menebar jala dari perahu. (rangkai kata dari perahu menunjukkan arah) | Tatabahasa | 28.05.2020 |
perahu dalam istilah bahasa inggeris | Perahu dalam bahasa Inggeris disebut boat, canoe atau small boat. | Istilah | 17.06.2008 |
maksud surat perahu | Sehingga kini istilah surat perahu belum kami temui/terakam dalam mana-mana dokumen termasuk buku Simpulan Bahasa. Sila nyatakan di manakah saudara memperoleh istilah ini atau kemukakan sebarang dokumen bercetak yang memaparkan penggunaan istilah tersebut untuk makluman dan tindakan kami. Terima kasih. | Makna | 09.02.2009 |
saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | Makna | 10.03.2014 |
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan | Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh | Tatabahasa | 18.03.2009 |
Assalamualaikum saudara, saya ingin mengemumakan beberapa soalan berkaitan dengan tatabahasa. Saya memperoleh soalan tersebut melalui buku soalan dan ingin mengetahui sama ada ayat-ayat berikut betul atau salah. Berikut ialah soalannya: Membaham 1. Ahli tinju itu membaham lawannya hingga berdarah. 2. Seekor harimau telah membaham seorang penoreh getah. 3. Penjual ubat itu menunjukkan kekuaannya dengan membaham kaca di hadapan orang ramai. 4. Ombak yang mengganas itu telah membaham perahu-perahu nelayan. Sekian, terima kasih. | Maksud membaham ialah makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya; 2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (spt memukul, menyeksa, dsb). Semua ayat tersebut betul. Untuk mengetahui makna sesutau perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 11.08.2008 |