Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis. | Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut: (1) Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia. (2) Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri KuliahTepat pada Masanya. | Tatabahasa | 02.06.2014 |
Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa berkaitan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, mohon nasihat pihak DBP berkaitan terma rujukan (TOR) yang bersesuaian dengan kepentingan jawatankuasa ini dalam PBT. Sekian, Terima Kasih | Pihak puan boleh merujuk kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor ICT oleh pihak MAMPU seperti yang dilampirkan. | Lain-lain | 04.09.2014 |
Saya ingin kelulusan daripada Dewan BAhasa untuk papantanda ini, keperluan Majlis Perbandaran Seberang Perai | Sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 17.03.2021 |
Salam sejahtera, Syarikat kami ingin membuat pengesahan ejaan penggunaaan bahasa pada visual iklan premis untuk permohanon lesen Majlis Perbandaran Seberang Perai. harap maklum tuan mengemukakan syrat pengesahan untuk membuat permohonan tersebut. terima kasih | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 16.07.2018 |
Permohonan pengesahan ejaan penggunaan bahasa pada visual iklan premis untuk permohonan lesen premis dan iklan oleh Jabatan Perlesenan, Majlis Perbandaran Seberang Perai | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 13.10.2017 |
saya dari IPG Kampus Pulau Pinang bersama 10 orang Pelajar Guru ingin membuat satu kajian tindakan di kawasan Simpang ampat, s.perai, pulau pinang dari januari - disember 2015. tajuk kajian ialah "keberkesanan klinik Bagi Matapelajaran Kritikal (SPM) Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Kami ingin bukukan kajian tindakan ini. apakah yang perlu kami lakukan buat masa ini? Bagaimana pula dengan wang perbelajaan? Bagaimana pula dengan dokumentasi dan lapuran? Bagaimana pula dengan kebenaran keluar dari IPG dan sebagainya. Tolong memberi penjelasan atau hubungi di tel.bimbit saya. 017-4369751. (aktiviti dijangka bermula pada 10/01/2015 dan berakhir pada15/12/2015 (pelancaran hasil kerja oleh DBP) | Untuk makluman tuan, DBP tidak menaja penyelidikan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Apa yang berlaku ialah penyelidikan bahasa dan sastera yang dibuat oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan tokoh tertentu. | Lain-lain | 15.12.2014 |
Saya Mohd Shahril bin Mohd Suberi, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Sungai Bakap, Pulau Pinang ingin memohon sumbangan buku daripada pihak tuan untuk sekolah baru yang mula beroperasi pada tahun ini. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMJK Jit Sin 2, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sekolah ini berada di bawah pemantauan PKG Sungai Bakap. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . | Lain-lain | 17.04.2017 |