Selamat Tengahari, Saya Sarah dari Tropical Marine Science Institute, Singapura. Saya perlukan sebuah buku cetakan Dr. Lokman Shamsudin pada tahun 1990. Tajuk buku ialah 'Diatom Marin di Perairan Malaysia'. Saya tidak dapat cari buku ini di online bookstore. Jadi, saya ingin tahu kalau DBP masih mencetak buku ini, dan berapa harga buku ini. Terima kasih. Sarah | Salam sejahtera Puan Sarah, Buku Diatom Marin di Perairan Malaysia sudah dihapus kira dan tidak dicetak ulang. Buku tersebut boleh dipertimbangkan untuk dicetak ulang sekiranya terdapat banyak permintaan daripada pembaca. Walau bagaimanapun, buku tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, untuk pinjaman. | Lain-lain | 10.02.2010 |
Tuan , saya ingin tahu sama ada penggunaan kata pemeri dalam ayat-ayat berikut adalah betul atau sebaliknya. 1. Kayu yang sesuai ialah yang berukuran 20 meter. 2. Pukat payang yang sesuai untuk sesetengah perairan adalah yang berukuran 200 meter panjang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasih. | Penggunaan kata pemeri dalam ayat pertama betul. Walau bagaimanpun penggunaan kata pemeri dalam ayat kedua tidak gramatis kerana kata pemeri adalah hadir di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama. Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 10.06.2012 |