prasasti perakam bahasa melayu bertulis.benar atau tidak?apakah bukti-buktinya? | Saudara boleh rujuk bahan-bahan berkaitan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Lain-lain | 22.10.2009 |
ketip atau kertip kad perakam waktu | ketik atau mnegetik kad perakam waktu | Lain-lain | 12.04.2007 |
Adakah video bermaksud sesuatu yang dirakam menggunakan perakam video shj?jika kita membuat satu tayangan contohnya untuk tujuan menerangkan satu proses dlm subjek biologi, tetapi menggunakan software flash. Adakah itu dipanggil tayangn video juga? | Ia tidak boleh dipanggil tayangan video kerana takrifan KD4 untuk kata 'video' ialah seperti yang berikut: ] (vidéo) 1. = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen); 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayangkan dgn menggunakan alat video; Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb. | Lain-lain | 03.09.2009 |
walkman=? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan walkman ialah walkman, iaitu pemain atau perakam atau kedua-duanya sekali yang kecil yang boleh dibawa ke mana-mana dan didengar melalui fon telinga. | Lain-lain | 04.04.2010 |