Apakah istilah perakaunan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan untuk "running balance"? | Tiada istilah yang terdapat dalam kamus Inggeris Melayu. Tuan boleh menggunakan istilah "running balance" ( dengan membuat penandaan pengikat kata " ") | Istilah | 27.05.2013 |
sejarah perakaunan dalam islam?? | Sila rujuk bahan ini : 1. Perakauan bank dan syarikat menurut sistem Islam oleh Atiyah Muhammad Kamal terbitan DBP tahun 1992 2. Perlukah perakaunan Islam oleh Muhd Kamil Ibrahim . Majalah Dewan ekonomi (Mei 1995) | Lain-lain | 26.02.2008 |
apa yang di katakan dengan laras bahasa perakaunan? | Menurut Kamus Dewan, laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunannya. Laras bahasa perakauanan ialah variasi bahasa yang digunakan dalam bidang perakaunan. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mendapatkan maklumat daripada buku Tatabahasa Dewan. terima kasih. | Makna | 08.09.2006 |
Adakah penggunaan perkataan "diwara" di dalam ayat berikut betul atau salah? Atau adakah saya sepatut menggunakan perkataan "diuar-uar" Ayatnya adalah : "Polisi Perakuanan yang dicadang adalah selaras dengan polisi–polisi yang dilulus dan diwara oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta." | Puan Aisya,Ayat di bawah ini merupakan cadangan pihak kami dengan mengedit ayat puan adalah seperti yang berikut: "Polisi Perakaunan yang dicadangkan oleh ........(mohon diberitahu pihak yang mencadangkan polisi ini) adalah selaras dengan polisi–polisi yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta." Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata diuar-uar dan wara kurang tepat. Hal ini kerana, kata diuar-uar/wara membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat. Tambahan pula, polisi perakaunan merupakan peraturan atau dasar bukannya program yang perlu diuar-uarkan kepada orang ramai, memadailah dengan mewartakannya. Kata warta sering kali digunakan dalam laras bahasa undang-undang. | Tatabahasa | 24.04.2009 |
Saya ingin bertanya juka terdapat sebarang keperluan atau stipulasi akta dewan bahasa dan pustaka untuk mendapat sebarang kelulusan untuk penerbitan penterjemahaan piawaiaan perakaunan Malaysia. | Tidak ada peruntukan yang berkaitan dengan kerja penterjemahan dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03- 41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381. | Lain-lain | 09.08.2011 |
jelaskan dengan ringkas apakah perbezaan diantara profesion dan pekerjaan | Profesion ialah pekerjaan yang selalunya memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan dan perakaunan. Manakala pekerjaan ialah sesuatu yang dilakukan atau diusahakan secara berterusan untuk mencari nafkah. | Makna | 26.07.2009 |
Assalamualaikum Tuan, Apakah pandangan profesional tuan jika kami menterjemah kata SCORECARD menjadi "SKORKAD" dalam Bahasa Melayu dan kata BALANCED menjadi "SEIMBANG". Jika terjemahan ini betul, maka bolehlah kita menterjemah istilah BALANCED SCORECARD (istilah bidang pengurusan, perakaunan) menjadi "SKORKAD SEIMBANG" dalam Bahasa Melayu. Kerjasama dan pandangan tuan amat kami hargai. Sekian dan terima ksaih. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah kad skor seimbang. | Istilah | 24.07.2008 |
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan. | Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira. | Lain-lain | 19.11.2009 |
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan | Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll). Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan. | Makna | 06.04.2009 |
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'. | Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut: 1. declines - menurun (Pelaburan) 2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi) 3. descending order - susunan menurun (Ekonomi) 4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi) 5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan) Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun". | Istilah | 29.08.2012 |