| "Untuk membuat ikan wadik, ikan perlu diperam bersama-sama garam sekurang-kurangnya selama sebulan". Adakah "diperam" atau "diperap" lebih sesuai dalam konteks ini? Menurut Kamus online, "peram" lazimnya dipakai untuk penyimpan buah-buahan supaya masak. "Perap" pula memang boleh merujuk daging, ikan dan sebagainya, tapi mengikut fahaman umum, biasanya dipakai dalam konteks masakan. | Salam sejahtera, Dalam konteks tersebut, memeram atau diperam adalah lebih sesuai kerana takrif bagi memeram ialah "menyimpan (buah-buahan, ikan dan lain-lain) dalam tempoh yang agak lama setelah dibungkus, dilumurkan dengan garam, ditaburkan bahan kimia dan sebagainya supaya lekas masak, sebati, lebih sedap dan sebagainya." Sila dapatkan kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020 untuk rujukan kosa kata yang lebih luas dan tuntas. | Makna | 16.11.2025 |