Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
peramal
[pe.ra.mal] |
ڤرامل
Definisi :
orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
ramal
Kata Terbitan :
meramalkan
,
ramalan
,
peramalan
,
peramal
,
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(2)
Kamus Bahasa Inggeris
(6)
Istilah MABBIM
(3)
Istilah Bahasa Melayu
(23)
Khidmat Nasihat
(4)
Artikel Akhbar
(2)
Ensiklopedia
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
1. bagaimanakah imbuhan pe-(allomof bagi peN-)dan imbuhan per dibezakan apabila kata dasar yang bermula dengan huruf r-diterbitkan? cth1. peramah 2.
peramal
3. peramai seperti contoh-contoh di atas, dari segi morfologi, bagaimana kita dapat tahu bahawa kata- kata dasar tersebut adalah bergabung dengan imbuhan berbentuk per- atau imbuhan berbentuk pe-(allomof bg peN-)? sebab dalam buku- buku tatabahasa tidak dinyatakan dengan jelas. sekian terima kasih
Tidak ada panduan khusus untuk memudahkan kita mengetahui apakah kata dasar (sama ada bermula dengan huruf R atau tidak) bagi kata terbitan pe- dan per-, melainkan merujuk kamus dengan kerap. Walau bagaimanapun ada sesetengah perkataan meman telah dimaklumi kata dasarnya kerana kebiasaannya kata terbitan bagi kedua-dua kata dasar (kata yang bermula dengan huruf dan bukan r) tidak sama, conthnya:
peramal
daripada kata dasar ramal, kerana bagi kata dasar amal antara kata terbitan yang ada ialah pengamal (
peramal
tidak ada). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 -115. Sila rujuk juga kajian-kajian ilmiah tentang tajuk ini.
Tatabahasa
25.07.2009
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR
PERAMAL
KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA
Tajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA.
Tatabahasa
20.08.2019
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SAYA SEDANG MENYEDIAKAN SATU KAJIAN ILMIAH YANG BERTAJUK KECERDASAN EMOSI, SPIRITUAL, FIZIKAL, SOSIAL DAN DAYA TAHAN SEBAGAI
PERAMAL
TERHADAP BURNOUT GURU SEKOLAH MENENGAH DI SELANGOR. SOALAN SAYA BOLEH KE SAYA MENGGUNAKAN PERKATAAN BURNOUT DALAM TAJUK DAN SEMUA DOKUMEN YANG BERKAITAN DALAM KAJIAN INI. ATAU SAYA PERLU ITALICKAN ATAU SAYA PERLU MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU. SEKIRANYA BOLEH MOHON MAKLUM BALAS TUAN . DAN SEKIRANYA TIDAK MOHON CADANGAN DARI PIHAK TUAN UNTUK PERKATAAN YANG SESUAI.. TERIMA KASIH
Perkataan "BURNOUT" belum ada padanan dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dan ditulis dengan huruf condong (italik)
Istilah
28.08.2019
1. bagaimanakah hendak membezakan sesuatu kata dasar yang bermula dengan huruf r adalah digabungkan dengan imbuhan pe-(allomof bg peN-)atau imbuhan per-. contoh 1. peramah 2. peramai 3.
peramal
2. bolehkah senaraikan kata-kata dasar yang bermula dengan huruf r yang bergabung dengan imbuhan per-? sekian terima kasih
Awalan pe- mempunyai dua makna; i. orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan, contohnya petinju (orang yan bertinju), dan ii. oran yang melakukan kerja yan terkandung dalam maksud kata dasar, contohnya paramal (orang yang meramal). untuk maklumat lanjut tentan awalan
pe-
dan
peN-
sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halamn 108 - 116 dan rujuk juga Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai kata yang bermula dengan huruf
R
serta kata terbitan daripada kata dasar yang bermula dengan huruf
R
(kata peramai tidak ada dalam Kamus Dewan).
Tatabahasa
25.07.2009
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...