Assalamualaikum wbt. Encik, saya ingin bertanya adakah ayat seperti di bawah betul atau sebaliknya. Peranan-peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran. Sekian terima kasih | Ayat yang betul - Peranan ibu bapa membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran | Tatabahasa | 09.07.2008 |
apakah peranan DBP dalam pengantarabangsaan bahasa melayu? bagaimanakah caranya? apakah peranan MABM? peranan pihak-pihak kerajan? | Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP juga turut menyebarkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa khususnya melalui MABM. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 27.12.2008 |
Saya ingin maklumat lanjut tentang peranan DBP | Peranan DBP selaras dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang tentang DBP, antaranya ialah: Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 04.04.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Double-Hatting" sesuai diterjemahkan kepada "Dua peranan" atau "Dua-peranan"? Frasa bermaksud seorang individu yang mempunyai dua peranan berbeza dalam sebuah syarikat. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih. | "Double hatting" sesuai dipadankan sebagai dwiperanan. | Istilah | 25.11.2018 |
Peranan Kamus Dewan edisi keempat dalam perkembangan bahasa melayu | Assalammualaikum WM WBT Secara umumnya, kamus berperanan dalam hal pembinaan bahasa. Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing-masing, seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia, dan juga negara yang sebahagian penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu, seperti Singapura dan Thailand. Di samping itu, Kamus Dewan juga menjadi rujukan penting para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama di negara yang ada pengajian Melayu, seperti China, England, Korea dan beberapa buah negara di Eropah. Oleh itu, Kamus Dewan digunakan oleh penutur asli dan bukan penutur asli bahasa Melayu dan umum di sini bermaksud menyeluruh, iaitu penyusunan Kamus Dewan bukan untuk kelompok tertentu sahaja, malah untuk seluruh pengguna bahasa Melayu termasuklah penutur asli dan pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Saudara dicadangkan untuk merujuk terus kepada pegawai di Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. (a) Puan Hajah Salmah binti Jabbar, di talian 03-21479175 e-mel salmah@dbp.gov.my (b) Puan Hajah Kamariah binti Yusof, di talian 03-21479174 e-mel kamari2@dbp.gov.my | Pengembangan | 18.02.2014 |
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM PEMBANGUNAN ISTILAH SAINS DAN TEKNOLOGI | Antara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagaimana yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel untuk mendapatkan senarai berkenaan. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan. | Lain-lain | 11.04.2013 |
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Pembangunan Istilah Sains dan Teknologi | Antara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
-peranan/fungsi bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. -Kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. | Lain-lain | 25.09.2012 |
peranan iklan dalam pengglobalan bahasa melayu & kepentingan pengglobalan bahasa melalui iklan. | Saudara Hishamuddin, Jawapan bagi pertanyaan yang saudara kemukakan memerlukan kajian dan rujukan kepustakaan. Oleh itu, saudara dinasihati agar membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara. | Lain-lain | 06.03.2010 |
peranan dbp secara terperinci | Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu. Sekiranya sdr ingin maklumat yang lebih terperinci, sdri perlu mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. | Lain-lain | 20.07.2008 |