Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa.Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi: 
FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. 
Tatabahasa23.06.2025
apakah fungsi bahasa melayu dan peranannya terhadap perpaduan negara

Sila rujuk bahan ini :

1.Fungsi Dinamik Bahasa Melayu oleh Asiah Idris. Jurnal Dewan Bahasa : Mei 1995

2. Peranan bahasa melayu dalam pembinaan tamadun tinggi oleh Abd. Rahman Yaakub DBP : 2004

3.Bahasa Melayu jambatan Perpaduan oleh F.P Chew. Pelita Bahasa : Januari 2004

.

   

   
Lain-lain31.01.2008
Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Apakah perkembangan dan peranannya?Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa alat perpaduan oleh Jemat Anis Dewan Masyarakat 01/06/1996. 2. Bahasa Melayu jambatan perpaduan oleh F. P. Chew Dewan Bahasa 01/01/2004. 3. Isu bahasa dan perpaduan oleh Kamarulnizam Abdullah Massa 24/08/2002 . 4. Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan oleh Khemlani-David, Maya. Jurnal Dewan Bahasa 01/10/1992 . 5. Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid Dewan Bahasa 01/10/2002. 6. Bahasa Perpaduan melalui media penyiaran oleh Lim Swee Tin Dewan Bahasa 01/05/2007.Lain-lain24.07.2007
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.

Ketua pula  ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);

Istilah01.07.2009
Salam..Mohon dipanjatkan kepada Ketua Pengarah DBP Saya mengikuti perkembangan DBP dan peranannya dalam memertabatkan bahasa melayu ke arah yang lebih global. Jadi di sini saya ingin memberi beberapa cadangan berkaitan: a) Di ruangan carian kata perlu diletakkan bersama "rakaman sebutan perkataan" ..Ini penting dalam memartabatkan bahasa melayu ke peringkat lebih global ( sediakan web "dual language." Ini memudahkan orang luar yang berminat mempelajari bahasa dan sebutan b.melayu. *cth yang patut di paparkan untuk laman web adalah Menu utama menerangkan bla..bla. (Main language here brief you a detail...) Berdasarkan pengamatan saya, belum ada lagi terjumpa carian kata bahasa melayu dengan sebutan... b) Perlu lebih banyak mempromosikan bahasa melayu bermula di peringkat tadika lagi untuk semua kaum di Malaysia.. sekian ps/-sedih apabila mendengar wakil rakyat bukan melayu bercakap melayu silap sebutan di Parlimen walhal B.melayu adalah bahasa kebangsaan...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas cadangan saudara. Telah banyak usaha DBP memartabatkan Bahasa Melayu melalui ICT (Lihat laman sesawang DBP). DBP juga sedang berusaha memantapkan lagi laman sesawang untuk tujuan memartabatkan bahasa Melayu di era teknologi ini. Cadangan saudara ini juga akan kami ambilkira.

 Sekian

Lain-lain17.07.2010
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI BAHASA MELAYU. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOMUNIKASI DAN PERANANNYA. SATU LAGI,APAKAH MAKSUD KOMUNIKASI INTERPERSONAL DAN INTRAPESONAL?Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu), atau antara maknusia, manakala komunikasi intrapersonal ialah kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain08.01.2009
Salam, Saya ingin buat pengesahan tentang terjemahan dan istilah yang paling tepat. Kementeria saya dalam proses penstrukturan semula dan beberapa bahagian/unit baru ditubuhkan. Antaranya Foresight Technology Division yang antara peranannya a. Melaksanakan penilaian keberkesanan program R&D /STI negara menerusi analisa horizon & trend scanning yang dapat mengenalpasti jurang dan isu-isu baru STI (emerging issues) b. Mengenalpasti dan menyelaras pelaksanaan kajian teknologi masa depan untuk keperluan STI negara agar selaras dengan dasar-dasar dan program utama negara e.g:NKEA,RMK11,ETP & DSTIN c. Menetapkan keutamaan & halatuju R&D/STI dengan mengambil kira peranan kementerian & sektor swasta yang meliputi pelbagai disiplin dan merentasi sektor d. Mengenalpasti kemahiran-kemahiran masa depan berasaskan STI yang diperlukan untuk menjadikan negara lebih kompetitif e. Mengenalpasti bidang ekonomi masa depan bagi meningkatkan penjanaan pendapatan negara Dengan tidak mengabaikan Bahasa Melayu, pihak atasan ingin mengekalkan perkataan Foresight dalam bahasa Inggeris dan Technology dijadikan Teknologi. Soalan, penggunaan yang paling tepat adalah Bahagian Teknologi Foresight (foresight diitalickan) atau Bahagian Foresight Teknologi. Maklumbalas segera dari pihak tuan/puan amat kami hargai.Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Bahagian Teknologi Masa Depan. Nama yang dicadangkan,  iaitu "Bahagian Teknologi Foresight"  tidak boleh digunakan kerana nama tersebut menggabungkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.Penyemakan dan penterjemahan16.01.2017
ASSLAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya tentang kesantunan berbahasa tonggak tamadun bangsa.Soalan saya. 1.Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi masalah kepincangan berbahasa serta adat kesopanan dan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat kini? 2.Sejauh manakah pentingnya pelestarian bahasa melayu penting dari sudup taraf,fungsi dan peranannya dalam komunikasi? 3.Adakah bahasa dan budaya melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat.Bagaimana?Dalam menjawab soalan yang diberikan, pihak kami hanya memberikan pandangan umum sahaja. (i). Usaha untuk mengatasi masalah kesantunan berbahasa perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Asas yang kuat dapat meneguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. (ii).  Pelestarian bahasa Melayu dalam komunikasi sosial dan keilmuan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap rakyat seharusnya mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dalam apa jua bidang. (iii). Bahasa dan budaya sememangnya melambangkan ketamadunan masyarakat. Slogan Bahasa Jiwa bangsa menggambarkan bahawa bahasa menjadi nadi bagi sesebuah bangsa; hilang bahasa, hilanglah bangsa.Makna17.01.2008
Salam sejahtera, sebagai Mahasiswa dan pencinta bahasa Melayu, saya sekali lagi saya ingin meluahkan pendapat saya berkenaan dengan bahasa Melayu. Seperti apa yang kita sedia maklum, bahasa Melayu hari ini nampaknya seperti tidak memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu dan maklumat serta tiada peranan penting di peringkat pengajian tinggi atau universiti. Dahulunya bahasa Melayu dikagumi dan megah di Asia tenggara dan eropah kerana peranannya sebagai bahasa pengantar bukan sahaja dalam hal agama tetapi juga dalam perdagangan sehingga orang yang tidak pandai berbahasa Melayu menjadi sangat malu dan merasa tercicir. Siapa kata sejarah tidak boleh diulang? sebenarnya boleh jikalau kita bersatu padu mempertahankan keaslian bahasa kita. Selain itu, saya juga menyokong seratus peratus hasrat murni kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu matlamat untuk mencapai taraf negara maju tetapi saya sangat sedih dan kecewa mengenang nasib bahasa kita yang semakin hari semakin pupus keasliannya. Apalah nasib bahasa di masa hadapan? siapa yang mempertahankanya? tidak ada yang mahu mempertahankan melainkan masyarakat kita sendiri. Apalah gunanya negara mencapai kemajuan tetapi bahasa kita tidak mencapai kemajuan, mundur, tidak berguna dan tiada peranan. Bagi saya, bahasa Melayu juga penting dalam mencapai kemajuan dan perkembangan kerana bahasa mencerminkan dan melambangkan jati diri dan pengenalan sesuatu bangsa, masyarakat dan negara.Kami juga amat bersetuju dengan pandangan tuan. Alangkah baiknya jika bahasa Melayu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu kerana bahasa Melayu tinggi mempunyai nilainya tersendiri dalam mengungkapkan wacana. DBP sentiasa berusaha dalam skop fungsi kuasa dan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Audit Bahasa Melayu IPTA untuk melihat pelaksanaan pelan tindakan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPTA 2011 - 2015.  

Lain-lain15.11.2015
apakah peranan dewan bahasa dan pustaka malaysia..... emm...dalam memartabatkan bahasa melayu....?Sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996Lain-lain26.07.2009
123

Kembali ke atas