Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017 & HARI HABITAT SEDUNIA 2017 ATAU MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR & HABITAT SEDUNIA 2017 atau MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA & HARI HABITAT SEDUNIA 2017

Cara penulisan dan atur letak yang betul untuk majlis ini adalah seperti yang berikut:


MAJLIS PERASMIAN
HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017
DAN
HARI HABITAT SEDUNIA 2017

Lain-lain31.10.2017
Salam sejahtera. Mohon sedikit pencerahan bagi terjemahan paling sesuai bagi istilah "Environmental Impact Assessment" dalam konteks perancangan bandar. Terdapat terjemahan berbeza yg diberikan pada laman ini. Terima kasihTerjemahan Environmental Impact Assessment ialah Penilaian Kesan Alam Sekitar.Tatabahasa04.02.2015
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandarAyat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.'Tatabahasa13.09.2007
Assalamualaikum dan selamat pagi, Nama saya Zaime Bin Bujor. Untuk makluman tuan / puan, tempat saya bekerja sedang menyediakan dokumen dasar dan garispanduan untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia bertajuk Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN), namun begitu, terdapat beberapa terma dan maksud perkataan yang kurang kami fahami, oleh itu, kami ingin meminta jasa baik pihak DBP untuk membantu kami di dalam mendefinisikan maksud dan penerangan mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Penambakan Tanah 2) Tebus-Guna Tanah 3) Penambakan Pantai 4) Tebus-Guna Pantai 5) Pembangunan Atas Air 6) Pembangunan Terapung Sekian, terima kasih! Yang Benar, Zaime Bujor
Untuk makluman saudara, perkataan ini merupakan frasa biasa dan bukannya istilah khusus. Oleh itu, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Makna01.09.2020
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya samada jabatan tempat saya bekerja sebetulnya menggunakan JABATAN PERANCANG BANDAR atau JABATAN PERANCANGAN BANDAR. Sekian, Terima kasih. Noraidi Bin Omar

Encik Noraidi,

Dalam menentukan nama  sesuatu jawatan atau jabatan, tentulah aspek tatabahasa  (makna) dan fungsi jawatan atau jabatan tersebut akan diambil kira.  Untuk memudahkan tuan membuat pertiimbangan sebelum menamai jabatan tuan, elok kiranya tuan memahami maksud "perancang" dan "perancangan".

Mengikut Kamus Dewan kata "perancang" membawa maksud orang, agensi,  jawatankuasa, dan badan-badan pertubuhan yang merancang: Misalnya  jawatan Pegawai Perancang Bahasa (DBP) iaitu orang yang merancang pembinaan dan pengembangan bahasa, Lembaga Perancang Keluarga iaitu, lembaga yang bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga dan sebagainya. ; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll);

kata perancangan pula membawa maksud perbuatan (tindakan) sesuatu yang telah dirancang.

Dengan penerangan makna kedua-dua kata ini, diharap pihak tuan dapat menentukan yang mana betul dengan berdasarkan  tugas dan fungsi-fungsi jabatan tersebut.

 

Tatabahasa10.06.2009
Salam Negaraku Malaysia. Semoga tuan sihat walafiat dan sentiasa dilimpahi rahmat daripada Yang Maha Kuasa. Saya mempunyai beberapa persoalan. Soalan 1. Di PLANMalaysia (Jabatan Perangan Bandanr dan Desa) ejaan "PLANMalaysia" dieja sedemikian memandangkan imej dan identiti PLANMalaysia. Walau bagaimanapun, timbul kekeliruan dalam kalangan pegawai untuk mengeja tajuk surat. Contoh: SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN PLANMalaysia ataupun SENARAI NAMA PERSETA HARI KEBANGSAAN PLANMALAYSIA Mana yang betul? Soalan 2: Bagaimana menulis contoh gelaran Dr., Ir., dalam huruf besar. Adakah IR. DR. ALBA? Adakah perlu noktah selepas Dr. dan Ir.? Sekian, terima kasih. Salam hormat|Regards , ALBASYA'ARI ABDUL LATIF Pegawai Perhubungan Awam|Public Relations Officer PLANMalaysia | PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) | (Department of Town and Country Planning) Tingkat 2, Blok Melati | 2nd Floor, Melati Block 50646 Jalan Cenderasari Kuala Lumpur Tel : 03-2265 0608 Fax : 03-2265 06041. Untuk urusan rasmi seperti tajuk surat, perlu menggunakan nama penuh, iaitu Jabatan Penerangan Bandar dan Desa. Contoh, SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN DI JABATAN PENERANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia)
2. Untuk setiap kependekkan, perlu diletakkan titik dan tidak perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya. Ini bermaksud, ejaan yang betul ialah Ir. dan Dr.
Lain-lain03.01.2018
(1) Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) menggunakan ejaan "Klang Bandar DiRaja". (2) Ejaan yang betul ialah: Diraja (bukan DiRaja). (3) Mohon pihak DBP nasihatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya perbetulkan. (4) Banyak terdapat di Shah Alam.
Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". 

Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.



Lain-lain21.02.2023

Kembali ke atas