Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. | Salam sejahtera, Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat. | Tatabahasa | 19.11.2012 |
Rumahnya menjadi "perang" kerana tidak dijaga. Penggunaan "perang" dalam ayat ini betul ? | Encik Ming terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Dalam ayat yang diberikan ini penggunaan perkataan perang tidak sesuai digunakan. Perkataan yang sesuai ialah usang atau jika ia merujuk warna rumah tersebut perkataan pudar boleh digunakan. Terima kasih | Makna | 31.07.2009 |
Rumahnya menjadi " perang " kerana tidak dijaga. Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan "perang "? | Pérang, iaitu warna merah yang kehitam-hitaman atau kekuning-kuningan. Oleh itu, ayat tersebut boleh ditukarkan menjadi "Rumahnya bertukar warna menjadi merah kehitam-hitaman kerana tidak dijaga. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat dari/daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat. | Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ..Bilakah Perang Dunia Kedua berakhir? atau Perang Dunia Kedua berakhir bila? Di mana nak letak bila..awal atau akhir ayat?" | Kata tanya boleh hadir di hadapan dan di akhir dalam ayat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina. Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Istilah | 15.01.2010 |
Semua tawanan perang itu jangan kalian pengapakan,” kata Bendahara Ali kepada anak-anak buahnya. (munsyi, adakah pengapakan sesuai digunakan dalam sastera lama ini?) | Saudari, Tidak terdapatnya perkataan 'pengapakan' dalam sumber rujukan kami. Namun, untuk contoh ayat yang di atas, lebih gramatis sekiranya digunakan perkataan 'apa-apakan'. Misalnya: Semua tawanan perang itu jangan kalian apa-apakan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Sastera | 05.09.2012 |
1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya. | 1) Perang Badar ialah kata nama khas. 2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar. 3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
memerlukan bahan rujukan untuk tajuk akhbar-akhbar dan majalah agama sebelum perang dunia ke-2 | TErima kasih atas soalan saudara. Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur untuk mendapatkan yang berkaitan untuk rujukan saudara seperti dibawah : 1. Buku Cenderamata Pameran Percetakan Awal Dalam Bahasa Melayu 2. Katalog Percetakaan Awal Persuratan Melayu 3. | Lain-lain | 13.07.2008 |
saya mencari maksud dan penggunaan perkataan DEPLOYMENT. Saya mohon bantuan Tuan | Maksud "deployment" ialah kerah tugas atau mengatur kedudukan. Dalam bidang Sejarah, ia bermaksud perihal menentukan kedudukan yang teratur dengan cara yang lebih strategik bagi anggota tentera dan kapal perang sewaktu pertempuran di medan perang. | Makna | 13.05.2009 |