networking | perangkaian | Istilah | 28.06.2011 |
Kata majmuk mantap ialah bentuk perkataan yang terhasil selepas proses pemajmukan atau perangkaian dua perkataan. Dieja terpisah kecuali 15 kata majmuk mantap yang disenaraikan dalam TD. Apakah bentuk kata bagi perkataan seperti apabila, bagaimana, adakala, kenapa? Perkataan hari bulan BUKAN KATA MAJMUK, tetapi dua perkataan tersebut hadir bersebelahan untuk membawa maksud kesatuan yg khusus. Apakah bentuk perkataan ini? Terima kasih. | Perkataan apabila, bagaimana, adakala dan kenapa memang bukan tergolong dalam kata majmuk. Perkataan ini termasuk dalam kategori perkataan yang terkecuali yang dianggap telah mantap. | Tatabahasa | 28.01.2016 |
PENERANGAN MENGENAI KATA NAMA TUNGGAL, KATA KERJA TUNGGAL, PENUTUR MELAYU SERTA SEJARAH DAN STRUKTUR BAHASA MALAYSIA | Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal, sama ada kata nama seperti cat atau kata kerja seperti lap. Ungkapan yang betul ialah penutur bahasa Melayu iaitu orang yang menuturkan atau menggunakan bahasa Melayu sebagai kelaziman. Untuk maklumat tentang sejarah dan struktur bahasa Malaysia sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih. | Makna | 05.11.2008 |
. Menurut Tatabahasa Dewan cetakan 2003 terdapat 80 kata kerja tunggal. saya ingin mendapatkan senarai kata kerja tunggal tersebut. | Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata. Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori; (i) Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya (ii) Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil, (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya, bijaksana, muzakarah Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2008). | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Bagaimana hendak menentukan kata kerja itu berbentuk kata kerja tunggal atau tidak? Mengapakah kata kerja 'duduk' itu dianggap kata kerja tunggal tetapi tidak dengan 'berdiri'? Terima kasih. | Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata. Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori; (i) Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya (ii) Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil, (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya, bijaksana, muzakarah Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. | Tatabahasa | 23.10.2013 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk perkataan "networking session." Ini merupakan satu sesi di mana ahli sesebuah pertubuhan / golongan profesional dari profesyen yang sama menghadiri sesi tersebut yang biasanya meliputi ceramah, sesi soal jawab dan sesi beramah mesra di antara peserta. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "networking session". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sesi perangkaian atau sesi jaringan. | Istilah | 16.01.2015 |
1. penggunaan ialah dan adalah 2. adakah nama sesuatu penyakit boleh digolongkan dalan kata nama tunggal? | 1. Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. 2. Kata nama tunggal tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian, kebiasaannya nama penyakit tidak ada imbuhan dan mengalami proses penggandaan. | Tatabahasa | 29.10.2009 |