Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.ta.ra] | ڤرانتارا

Definisi : orang tengah, peng­hubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.ta.ra] | ڤرانتارا

Definisi : orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perantara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Boleh saya tahu perbezaan maksud 'perantara' dan 'pengantara' serta konteks penggunaan kedua-duanya? Terima kasih.
Menurut data kami, perkataan perantara membawa maksud orang tengah, peng­hubung (dalam perundingan dan lain-lain): dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala pengantara bermaksud  1. perihal mengantarai (ber­tindak sebagai orang tengah): dalam pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dari negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain): saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya; 3. = dengan ~ dengan jalan, melalui: kursus itu diberikan dengan ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud hampir sama.
Makna12.08.2018
Apakah perbezaan antara 'pengantara' dengan 'perantara'. Konteks: 'Mediator' yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes (perundangan). Pengantara dan perantara mempunyai maksud yang sama iaitu orang tengah, pendamai, dan pelerai. Malaysia menggunakan istilah  pengantara bagi mediator (yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak atau pihak-pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes perundangan) tetapi Indonesia menggunakan istilah perantara.  Istilah29.04.2011
Bahasa ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan hingga ke peringkat lebih tinggi. Berdasarkan pernyataan tersebut, sejauh manakah bahasa Melayu boleh mencapai tahap bahasa ilmu?

Puan,

Jawapan untuk soalan begini memerlukan pembacaan dan kajian kepustakaan. Sila rujuk buku, kertas kerja  atau makalah di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat puan.

Lain-lain11.08.2010
Istilah yang sesuai bagi pegawai yang dilantik sebagai perantara bagi Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah: adakah Pegawai Perhubungan Sekolah atau Pegawai Penghubung SekolahIstilah yang sesuai ialah Pegawai Perhubungan Sekolah.Tatabahasa09.04.2013
maksud komunikasi korporat?Komunikasi korporat ialah satu unit yang menjadi perantara atau penghubung antara sesebuah institusi dengan pihak luar.Istilah18.01.2010
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya dengan pihak DBP mengenai terjemahan yang mempunyai kata jamak dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, saya terjemahkan 'intermediaries' kepada 'para perantara' dan 'teachers' kepada 'para guru'. Adakah hal ini dibolehkan? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Tidak semua perkataan dalam bahasa Melayu perlu diberikan penanda jamak seperti bahasa sumber kerana unsur jamak boleh diketahui melalui konteks penggunaannya. Contohnya, seminar tersebut dihadiri oleh guru, sudah pasti seminar tersebut dihadiri oleh para guru.Tatabahasa16.01.2018
perbezaan antara identiti korporat dengan komunikasi korporat?Identiti korporat ialah sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah daban korporat yang menjadi lambang institusi tersebut. Komunikasi korporat pula ialah satu unit yang menjadi perantara atau penghubung antara sesebuah institusi dengan pihak luar.Makna18.01.2010
Salam sejahtera, Saya ada persoalan berkaitan istilah yang digunakan dalam pertanian atau tanaman makanan. Istilah manakah yang tepat untuk digunakan antara dua ini: media tanaman atau medium tanaman? Sama juga untuk media semaian atau medium semaian? Sekiranya dilihat maksud "media" digunakan dalam bidang komunikasi atau perhubungan. Medium pula dirujuk sebagai bahan yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Minta pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Istilah yang betul ialah medium tanaman dan medium semaian. Media tanaman merupakan istilah lama, manakala medium semaian memang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah02.06.2020
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasihSemua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi;  3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh).Istilah19.07.2018
Assalamualaikum. saya ingin mendapatkan terjemahan bagi perkataan berikut dalam bidang psikologi. 1. unmet need for family planning 2. partially mediated sekian. terima kasih

Cadangan kami:

1. Kawalan Kesuburan bagi Perancang Keluarga.

2. Istilah "partially mediated" yang diberikan oleh Saudara tidak dijelaskan dalam bidang dan konteks tertentu. Maka secara umumnya dapat diterjemahkan sebagai "Perantara Separa".

Penyemakan dan penterjemahan27.04.2015
12

Kembali ke atas