apakah perkataan yang sesuai untuk No Added Flavourings dalam bahasa melayu 1) Tanpa bahan perisa 2) Tanpa perasa tambahan | Padanan yang tepat untuk No Added Flavourings dalam bahasa Melayu ialah tanpa perisa tambahan. Untuk makluman saudara, perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang diletakkan ke dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enak. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning. | Istilah | 24.03.2020 |
APAKAH MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH INI, & CONTOH AYATNYA.... 1. EKABAHASA, 2. DWIPENGKHUSUSAN 3. TRIDIMENSI, 4. SWADAYA 5. JURUMUDI, 6. PANCAINDERA | ekabahasa ialah dlm satu bahasa. Pancaindera ialah deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan. untuk mengetahui sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat. | Makna | 20.08.2008 |
Hi, Apakah translasi yang sesuai digunakan untuk ayat berikut: 1. We are served with condiments such as preserved plum, tartar sauce and preserved chillies. Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk " condiments" dalam ayat atas itu? Terima kasih. | Terjemahan condiment ialah perasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.04.2018 |
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasih | Ejaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang. perepat1 ڤرڤت n pedada (tumbuhan); perepat laut a pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; b buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan; perepat merah perepat laut. perepat2 ڤرڤت Palembang ark n kawan. pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat. Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya. | Lain-lain | 12.03.2022 |