MOHON BANTUAN DARI SEGI AYAT DI BAWAH. 'PERATUSAN TABURAN" ATAU "TABURAN PERATUSAN | Yang betul ialah peratusan taburan. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Saya ingin bertanya ayat yang mana adalah betul. Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia ialah 74 peratus. Atau Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia adalah sebanyak 74 peratus. Terima kasih. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia ialah 74 peratus atau Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia sebanyak 74 peratus. Namun, ayat ini tidak difahami dari segi maknanya. | Tatabahasa | 17.05.2014 |
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain. | 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 30.04.2009 |
Saya ingin bertanya, perbezaan antara perkataan 'peratus' dan 'peratusan', dan penggunaan kedua-dua perkataan dalam konteks ayat. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud peratusan ialah kadar atau bilangan mengikut peratus manakala peratus pula bermaksud perseratus, seperatus satu di-bahagi dengan seratus. | Tatabahasa | 14.06.2016 |
Saya ingin bertanya, perbezaan antara perkataan 'peratus', 'kadar', peratusan', dan penggunaan ketiga-tiga perkataan dalam konteks ayat. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud peratus ialah perseratus, seperatus satu di-bahagi dengan seratus. Maksud kadar pula ialah nilai. Bgai maksud peratusan pula ialah kadar atau bilangan mengikut peratus. | Makna | 14.06.2016 |
Selamat pagi. Saya ingin meminta bantuan daripada pihak dbp untuk menjelaskan persoalan saya di bawah. Peratusan pelajar yang menyertai aktiviti renang / aktiviti berenang di sekolah adalah sebanyak 30 peratus. Yang manakah betul? Aktiviti renang atau aktiviti berenang? Aktiviti bermain bola keranjang atau aktiviti bola keranjang? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Peratusan pelajar yang menyertai aktiviti renang/aktiviti bermain bola keranjang di sekolah sebanyak 30 peratus. Kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. | Tatabahasa | 25.07.2017 |
List of Top 30 Equity Investment Holdings by Percentage of Issued Shares as at 31st December 2014 Apakah terjemahan dalam bahasa malaysia bagi perkataan di atas: Pilihan 1: Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham Setakat 31 Disember 2014. | Untuk makluman tuan, kami telah menyemak teks berbahasa Melayu berkenaan, bukannya terjemahan. Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham sehingga 31 Disember 2014. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2015 |
Salam, Saya ingin bertanya, sekiranya sesebuah buku itu adalah kumpulan penulisan dari pelbagai penulis, bagaimana prosedur dan kadar pembahagian royalti kepada penulis? Bagaimana pula kadar dan prosedur royalti kepada editor dan penyelenggara? Adakah penerbit akan membayar royalti terus kepada penulis atau melalui editor? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Untuk sebuah buku yang mempunyai lebih daripada seorang penulis, royalti akan dibahagikan dan dibayar berdasarkan jumlah penulis yang ada. Jumlah royalti yang akan diterima oleh setiap penulis bergantung kepada kadar peratusan royalti, harga buku dan jumlah cetak. Sekiranya buku ini ada penyelenggaranya, maka penyelenggara akan menerima 4% daripada jumlah kadar peratusan royalti yang akan ditentukan oleh pihak penerbit. Dan buat masa ini, editor tidak diperuntukkan untuk bayaran royalti. Untuk keterangan lanjut, tuan boleh menghubungi saya melalui talian 03-21479697.
| Lain-lain | 03.05.2014 |
Berapakah jumlah royalti yang biasa diterima dari penerbitan buku oleh DBP? | Salam, Untuk makluman saudara royalti yang biasa dibayar kepada penulis buku yang diterbitkan oleh DBP adalah berbeza-beza mengikut peringkat/kategori buku. Royalti yang dibayar adalah antara 10-20% bagi setiap buku. Walau bagaimanapun peratusan royalti juga bergantung kepada jumlah penulis yang terlibat dalam penghasilan sesuatu buku tersebut. | Lain-lain | 28.04.2009 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah penggunaan perkataan yang betul untuk menunjukkan julat sama ada 'di antara julat 35% hingga 68%' atau 'antara julat 35% hingga 68%' atau 'diantara julat 35% hingga 68%' Adakah betul penggunaan 'diantara' Terima kasih. | Merujuk tatabahasa Dewan. Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan (jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya). Oleh itu jawapannya 'antara julat 35% hingga 68%' | Tatabahasa | 15.09.2017 |