Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peratusan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain.1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Tatabahasa30.04.2009
List of Top 30 Equity Investment Holdings by Percentage of Issued Shares as at 31st December 2014 Apakah terjemahan dalam bahasa malaysia bagi perkataan di atas: Pilihan 1: Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham Setakat 31 Disember 2014.Untuk makluman tuan, kami telah menyemak teks berbahasa Melayu berkenaan, bukannya terjemahan.  
Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham sehingga 31 Disember 2014.
Penyemakan dan penterjemahan05.02.2015
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu.

2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir .

3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan.

4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja.

5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

Tatabahasa23.07.2011

Kembali ke atas