Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : yg merawankan hati: ~ hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : 1. anak dara, gadis: Ramli ingin mengetahui adakah ia ~ atau janda, atau sudah menjadi isteri orang; ~ tua anak dara tua; 2. belum berkahwin (gadis), belum hilang dara: ia masih ~; sudah hilang ~nya sudah hilang daranya; keperawanan perihal perawan, kegadisan, kesucian: kalau terlalu bebas bergaul dgn lelaki orang akan meragukan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : 1 anak dara; gadis: Pak Ali mempunyai empat orang anak ~. 2 belum berkahwin; belum hilang daranya: Dia masih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perawan (kata nama)
Bersinonim dengan gadis, dara, sunti, perempuan, puteri, nona, pemudi, beliawanis, dayang, amoi, bikir, upik;,
Kata Terbitan : keperawanan,

Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara frasa berikut, manakah yang betul? 1) Perawan jelita 2) Jelitawan perawan
Salam sejahtera,

Kedua-dua frasa perawan jelita dan jelitawan perawan boleh digunakan.
Perawan jelita merujuk kepada anak dara atau gadis yang cantik, molek atau lawa.
Jelitawan perawan pula merujuk kepada gadis jelita yang belum berkahwin, masih suci.

Sekian. Terima kasih. 






Istilah20.01.2018
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
salam, saya nak tanye. Apa beza wanita, perempuan dan dara dari sudut istilah?Wanita dan perempuan ialah individu yang boleh mengeluarkan ovum atau telur, manakala dara tidak pernah (masih belum) melakukan persetubuhan dengan lelaki, atau disebut juga perawan.Tatabahasa19.04.2012
Acik Nana WED 9:05PM Assalamualaikum & Selamat malam.. Minta maaf sy bertanya.. Saya sedang mencari beberapa buku untuk kursus saya.. Jadi saya tidak pasti pihak DBP di bahagian mana untuk saya bertanya tentang penjualan buku.. Jadi.. Saya sertakan senarai buku yang saya perlu kan.. Ada tak pihak DBP menjual buku² ini? 1. Novel Perawan remaja dlm cenkeraman militer kaya promoedya anantha teor 2. Sastera wangi - cerpen hanya seorang perempuan, cerpen perempuan 3. Cerpen perempuan - shahnon Ahmad. 4. Cerpen perempuan - anis sabirin 5. Novel tulang² berserakan - usman awang 6. Novel TIVIUntuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain21.09.2016

Kembali ke atas