Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ba.da.nan] | ڤربادنن

Definisi : agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang;P~ Kewangan Antarabangsa;P~ Kemajuan Ekonomi Negeri;P~ Perfileman Nasional; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ba.da.nan] | ڤربادنن

Definisi : jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbadanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perbadanan kerajaanPerbadanan kerajaan ialah jabatan kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun.Lain-lain21.04.2010
Saya ingin memohon semakan kata nama am dan khas daripada pihak DBP merujuk kepada perkataan-perkataan yang dilampirkan di bawah; 1. Perbadanan Awam atau perbadanan awam? 2. Badan Berkanun atau badan berkanun? 3. kategori kata nama bagi 'Suruhanjaya', 'kerajaan', 'pihak berkuasa' 4. Bumiputera Sabah atau bumiputera Sabah? 5. agensi separuh kerajaan atau Agensi Separuh Kerajaan? 6. 'Terdapat 2 jenis jabatan...' atau 'Terdapat dua jenis jabatan...' Terima Kasih.Ejaan yang betul ialah perbadanan awam, badan berkanun, suruhanjaya, kerajaan, pihak berkuasa, bumiputera Sabah, agensi separuh kerajaan dan jabatan.Tatabahasa01.12.2014
Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A.Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.Tatabahasa31.10.2011
Apakah perbezaan di antara PERBADANAN dan LEMBAGA?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perbadanan ditakrifkan sebagai agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjalankan fungsi yang tertentu. Lembaga pula ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu  1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu);  2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan).  

Makna11.01.2017
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos.Tatabahasa21.10.2013
Contoh ayat: Anggota Perbadanan dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan .......... soalan - sama ada penggunaan "dipohon" itu tepat atau tidak dan jika salah, mohon mencadangkan ayat yang tepat...TQPenggunaan yang tepat adalah seperti yang berikut: Anggota Perbadanan dimohon untuk menimbangkan dan meluluskan cadangan .... Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 1040 dan 1220.Tatabahasa31.03.2009
Mohon semakan ejaan Jawi Perbadanan Tabung pendidikan Nasional seperti di lampiran.Betulkan ejaan tabung - ta alif ba wau ngaTatabahasa21.05.2012
Apakah ejaan jawi bagi perkataan Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd.فربادنن ملاک  هولديݞ س  سنديرين برحدEjaan13.11.2013
Apakah terjemahan bagi 'shell company' yang merujuk kepada sesebuah syarikat atau perbadanan tanpa operasi perniagaan yang aktif atau aset tertentu.Shell company biasanya ditubuhkan bagi menyembunyikan aset peribadi di bawah nama perniagaan palsu untuk mengelak liabiliti cukai. Contoh senario seperti, seseorang yang menubuhkan syarikat palsu yang boleh dilakukan dengan mendapatkan dokumen yang sahih untuk membuka sebuah akaun bank di bawah nama syarikat tersebut. Akan tetapi, beliau memasukkan wang haram ke dalam akaun tersebut bagi menampakkan yang ia diperolehi secara sah. Shell company juga boleh ditubuhkan untuk tujuan yang sah seperti membantu mereka yang baru memulakan perniagaan mendapatkan tawaran awam lebih murah dan muda dalam bursa saham. Satu lagi contoh tujuan penubuhannya ialah apabila sesebuah syarikat berhubungan secara kewangan dengan syarikat lain. Namun, jika Syarikat A tak mahu berurus niaga dengan Syarikat B kerana Syarikat B mempunyai reputasi kurang baik, Syarikat B boleh menubuhkan satu shell company sebagai penyamaran supaya transaksi boleh dlakukan. Jadi apakah istilah paling sesuai untuknya? Syarikat palsu? Syarikat penyamaran? syarikat cengkerang? syarikat petala? Dan saya bukannya merujuk kepada Syarikat Shell (syarikat minyak) itu. Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, belum ada istilah dalam bahasa Melayu untuk perkataan “Shell Company”. Kami mencadangkan tuan/puan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam huruf condong (Shell Company). Sekian. Terima kasih.Istilah29.08.2017
Apakah maksud PPSPPA?Merujuk kepada carian kami di internet maksud PPSPPA ialah PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM.  Jika ia sesuai dengan perkara yang tuan cari, mungkin ini jawapan yang betul.
Sekiranya tuan mempunyai kemusykilan sebegini pada masa akan datang,  tuan boleh mencari jawapannya melalui internet sahaja kerana Khidmat Nasihat Bahasa lebih menjurus kepada permasalahan bahasa. Terima kasih.
Lain-lain08.04.2015
123456

Kembali ke atas